Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Syamsul Yusof dah nikah dengan Ira Kazar?. Puteri Sarah kata soroklah selagi boleh

KEMELUT rumah tangga pasangan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof nampaknya masih belum berkesudahan apabila pengarah itu didakwa telah berkahwin dengan Ira Kazar.

Syamsul Yusof didakwa dah nikah dengan Ira Kazar, Puteri Sarah kata soroklah selagi boleh
Syamsul Yusof didakwa dah nikah dengan Ira Kazar, Puteri Sarah kata soroklah selagi boleh

Perkara itu didedahkan Puteri Sarah menerusi tangkap layar yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.

Tangkap layar tersebut memaparkan seorang individu telah menghantar mesej langsung (DM) dengan mendakwa Syamsul telah bernikah dengan wanita yang menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan Puteri Sarah.

“50 peratus tidak tahu hal tersebut, 50 peratus tidak ambil tahu,” tulis Puteri Sarah di tangkap layar tersebut dengan memetik naka akaun Syamsul.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memberitahu kebenaran akan didedahkan tidak lama lagi.

“Soroklah selagi boleh sorok. Kebenaran akan akan terbukti satu hari nanti.

“Narsistik seperti anda akan sentiasa memanipulasi kebenaran. Saya tak mahu terlibat dengan toksik.

“Penipu akan terus menjadi penipu. Semoga anda berdua berjaya. Dua-dua toksik,” ujarnya.

Lebih mengejutkan, Puteri Sarah turut hanya mengetahui kecurangan Syamsul sehari sebelum dia melahirkan anak kedua mereka, Sumayyah.

“Apa yang saya tahu ia berlaku sehari sebelum saya melahirkan Sumayyah.

“Kejamkan manusia? Orang sekeliling kita ada masanya boleh jadi sangat narsistik dan manipulasi.

“Pilihlah orang sekeliling dengan bijak. Semoga 2023 dapat membongkar semua. Segala-galanya sudah berakhir, hipokrit,” jelasnya.

Sebelum ini, kisah kemelut rumah tangga pasangan itu berantakan kerana kehadiran orang ketiga. Sarah dan Syamsul juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung.

Pada Jun lalu, Puteri Sarah turut memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira.

Difahamkan, Ira bakal diheret ke muka pengadilan oleh Puteri Sarah pada Ogos tahun depan.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan