Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Isteri orang dicekup dengan bomoh, ditemui berkemban sedang menyorok

Seorang wanita berusia 35 tahun telah ditemui dalam keadaan berkemban di rumah seorang bomoh lelaki berusia 65 tahun pada Jumaat lalu di Bedong, Sungai Petani.

Isteri orang dicekup dengan bomoh, ditemui berkemban sedang menyorok
Ketua Unit Penguat kuasa PADKM, Zaiferi Zainal Abidin (duduk, kanan) melakukan soal siasat terhadap bomoh dan wanita berstatus isteri orang yang ditahan kerana berkhalwat di Bedong, Kedah, Jumaat lalu. Foto: Kosme

Menerusi laporan dari Kosmo!, wanita terbabit datang ke rumah bomoh tersebut kononnya untuk mendapatkan bantuan berkenaan masalah rumah tangganya dengan suami. Namun, helah tersebut memakan diri apabila dicekup bersama lelaki terbabit kerana bersekedudukan.

Menerusi laporan dari Kosmo!, wanita terbabit datang ke rumah bomoh tersebut kononnya untuk mendapatkan bantuan berkenaan masalah rumah tangganya dengan suami. Namun, helah tersebut memakan diri apabila dicekup bersama lelaki terbabit kerana bersekedudukan.

Ketika pihak kami memperkenalkan diri untuk membuat pemeriksaan, lelaki tersebut (bomoh) yang hanya berseluar pendek memberitahu, dia berada di rumahnya seorang diri.

“Bagi menyakinkan anggota penguat kuasa, lelaki itu mempelawa pemeriksaan dilakukan di dalam rumah berkenaan. Pihak kami menjumpai seorang wanita dalam keadaan berkemban di tingkat atas rumah tersebut,” katanya.

Difahamkan, wanita terbabit dipercayai sudah beberapa kali datang dan bermalam di rumah bomoh tersebut.Difahamkan, wanita terbabit dipercayai sudah beberapa kali datang dan bermalam di rumah bomoh tersebut.Difahamkan, wanita terbabit dipercayai sudah beberapa kali datang dan bermalam di rumah bomoh tersebut.

“Bomoh itu tinggal seorang diri kerana isterinya yang lumpuh dijaga oleh anak mereka yang tinggal di luar daerah ini. “Wanita itu mengaku dia mengunjungi rumah bomoh tersebut untuk mendapatkan bantuan bagi memudahkan proses penceraian bersama suaminya,” katanya.

Tambah Mohd Noor lagi, pasangan berkenaan telah ditahan kerana me­lakukan kesalahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

Mereka juga turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk proses dokumentasi sebelum diarah hadir untuk proses tindakan undang-undang di Mahkamah Syariah Kuala Muda di sini dalam masa terdekat.

Sumber: Kosmo!



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan