Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Tragedi runtuhan tanah: mayat dua mangsa ibu dan anak berpelukan ditemukan

HULU SELANGOR: Mayat dua mangsa berpelukan ditemukan di Sektor C atau Riverside pada pukul 4.40 petang tadi, menjadikan mereka mangsa ke-17 dan 18 tragedi runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland dekat sini.

Tragedi tanah runtuh: mayat mangsa ibu dan anak berpelukan ditemukan

Kedua-dua mangsa yang ditemukan berpelukan itu merupakan pasangan ibu dan anak perempuan yang dipercayai dalam lingkungan tiga tahun.

Mayat kedua-dua mangsa dipercayai berada di antara Sektor A atau B semasa kejadian berlaku namun dibawa arus tanah ketika kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, penemuan mayat dua beranak itu menjadikan baki keseluruhan mangsa yang sedang dikesan adalah seramai 15 orang.

“Seramai 230 pegawai dan anggota JBPM dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan akan meneruskan pencarian sehingga malam hari.

“Bagaimanapun operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dihentikan sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan,” katanya.

Satu sidang akhbar akan diadakan dalam masa terdekat oleh Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah. – Utusan



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan