Setiap tahun apabila tibanya Hari Natal atau Krismas, pasti akan menjadi bualan ramai mengenai isu warga Muslim yang akan meraikan sambutan perayaan tersebut serta mengucapkan Mery Christmas.
Aaron Aziz - Foto sumber Video IG |
Perkara itu turut mendapat reaksi pelakon Datuk Aaron Aziz yang memberikan peringatan serta pesanan buat mereka yang beragama Islam mengenai hukum mengucapkan Selamat Hari Krismas.
Bukan itu saja, Aaron turut memberi teguran secara baik mengenai amalan kad tilik nasib yang popular di aplikasi Tik Tok.
“Saya ada terlihat di Tik Tok contohnya, mengenai amalan menilik nasib sama ada menggunakan kad atau pakau. Secara hormatnya saya ingin menegur anda sebaik-baiknya.
“Malah, saya juga ingin mengingatkan sebagai seorang muslim iaitu mereka yang beragama Islam, mungkin ramai yang tak sedar setiap kali tibanya 25 hari bulan 12 memberi ucapan Merry Christmas.
“Kerana bila kita ucap Merry Christmas maksudnya engkau terima kepercayaan mereka di mana Nabi Isa adalah anak kepada Allah dan itu adalah satu perkara yang amat berat.
“Jadi, kalau nak cakap Happy New Year, season greeting okay. Tapi jangan sampai cakap Merry Christmas, itu bukan cara kita sebagai seorang Muslim,” katanya.
Perkongsian Aaron itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan terima kasih buat aktor berkenaan di atas peringatan tersebut.
Sila baca artikel Mufti Wilayah Persekutuan: TAHQIQ AL-MASAIL 7: HUKUM MENGUCAPKAN “MERRY CHRISTMAS” KEPADA MEREKA YANG BERAGAMA KRISTIAN
Namun, ada juga segelintir tidak bersetuju dengan kenyataan aktor itu serta mengatakan ucapan itu sekadar menghormati perayaan agama lain. - H/Metro
0 Ulasan