Terkini

    Loading......

Header Ads Widget

Kejadian berlaku terlalu cepat, bunyi seperti letupan kuat, bumi seolah-olah bergerak

“Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’... Kejadian itu berlaku terlalu cepat... Bunyi letupan kuat dan bumi seolah-olah ‘bergerak’.

‘Kejadian itu berlaku terlalu cepat, bunyi seperti letupan kuat, bumi seolah-olah ‘bergerak”
Antara mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di perkhemahanladang organik, Father’s Organic Farm

Itu reaksi seorang daripada 52 mangsa tanah runtuh di perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, awal pagi tadi yang kini ditempatkan di Balai Polis Hulu Yam Bharu.

Leong Jim Meng, 57, berkata dia dan keluarganya yang sedang bercuti tidak menyangka kejadian seumpama itu akan berlaku kerana sejak beberapa hari ini tidak hujan lebat, sebaliknya hanya hujan renyai.

“Kami sedang tidur ketika kejadian itu berlaku pada jam 2 pagi. Keadaan terlalu gelap dan kami tak nampak kejadian secara jelas.

“Saya dan keluarga terperangkap apabila tanah menutupi khemah kami. Kami kemudian sempat meloloskan diri ke kawasan parkir dan menghubungi pihak berkuasa. Mereka tiba agak cepat iaitu 30 minit kemudian.

“Ada lebih 100 mangsa terperangkap dalam tanah runtuh itu, namun kami sekeluarga berjaya menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di balai polis terbabit.

Seorang lagi mangsa, Teh Lynn Xuan, 22, berkata dia mendirikan khemah di Zon B Hilltop bersama lebih 40 lagi orang.

“Malangnya adik lelaki meninggal dunia akibat kejadian itu dan seorang lagi dimasukkan ke hospital.

“Kami dapat rasa khemah mula tidak stabil dan dijatuhi tanah. Nasib baik saya sempat keluar khemah dan pergi ke tempat lebih selamat. Saya dan ibu berjaya merangkak keluar serta menyelamatkan diri.

“Ada kanak-kanak dan bayi meninggal dunia, kejadian itu berlaku terlalu cepat,” katanya.

Sementara itu, pekerja Father’s Organic Farm, Thawng Uk, 35, berkata dia dan 12 rakan sekerjanya berjaya menyelamatkan diri daripada kejadian tanah runtuh itu.

“Namun, ada seorang cedera pada kaki dan ditempatkan di hospital. Saya dan 11 lagi pekerja selamat.

“Kejadian tanah runtuh itu amat menakutkan dan saya trauma dengan apa yang berlaku,” katanya. BH



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp