Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Bakal pengantin melecur teruk akibat letupan tong gas di dapur terpaksa ditidurkan

Tasek Gelugor: Bakal pengantin yang melecur hampir keseluruhan badan akibat letupan tong gas petroleum cecair (LPG) di rumahnya di Taman Sena Permai, Pokok Sena, semalam, terpaksa ditidurkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) berikutan agak kritikal.

Bakal pengantin melecur teruk akibat letupan tong gas di dapur terpaksa ditidurkan
Rumah hampir musnah, wanita cedera parah, tong gas memasak meletup di dapur

Mangsa, Siti Hajar Hanis Muhamad, 26, terpaksa ditidurkan sementara menunggu masa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan seterusnya.

Adiknya, Muhammad Azib Muhamad, 25, berkata, keadaan lecur kakaknya agak kritikal menyebabkan dia terpaksa ditidurkan sebelum bertemu pakar kulit di HPP.

“Ketika ini saya dimaklumkan tiada katil kosong di HPP maka rawatan kakak dibuat di HSJ terlebih dulu selepas dipindahkan dari Hospital Kepala Batas (HKB) semalam.

“Pada masa ini, melalui pemeriksaan mendapati organ dalaman kakak juga berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Muhammad Azib berkata, majlis pernikahan kakaknya yang dijadualkan berlangsung bulan depan masih lagi belum diputuskan sama ada diteruskan atau tidak.

Ini kerana, katanya keluarga mereka akan menunggu Siti Hajar sedar terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kami ada berbincang dengan tunang kakak dan sekiranya kakak sudah pulih, mungkin boleh melangsungkan akad nikah dulu, namun apa-apa pun semuanya bergantung kepada tahap kesihatan kakak,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Azib berkata, dia dan keluarganya berterima kasih kepada semua pihak termasuk saudara mara dan rakan-rakan yang bertanya khabar selepas mengetahui kejadian yang menimpa mereka sekeluarga.

“Terima kasih kepada penduduk dan jiran yang mengadakan bacaan Yassin untuk kami dan tidak lupa kepada saudara yang sanggup datang dari Pahang dan Kuala Lumpur untuk bertanya khabar.

“Ketika ini, saya dan isteri tinggal di rumah ibu bapa saya di Lubuk Meriam sementara menguruskan kediaman kami yang hampir sepenuhnya rosak akibat letupan terbabit,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi semalam, Siti Hajar Hanis mengalami kesan lecur sehingga 70 peratus apabila dia terkena letupan gas LPG ketika hendak menggoreng ikan.

Baca: Rumah hampir musnah, wanita cedera parah, tong gas memasak meletup di dapur

Kejadian menyebabkan rumah teres dua tingkat yang didiami mangsa bersama adik lelaki dan adik iparnya rosak teruk termasuk bumbung, siling serta sebahagian perabot terpelanting keluar. HM



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan