Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Perkongsian terkini keluarga Wardina Saffiyah di Australia raih perhatian ramai

Bekas pelakon, model dan pengacara terkenal, Wardina Safiyyah kurang menjadi perbualan dalam kalangan peminat seni tempatan tanah air, namun bagi wanita kelahiran Kuala Lumpur itu, dia berasa tenang dengan keadaan sebegitu.

Wardina Safiyyah dan keuarga

Sinonim dengan imej seorang ibu yang menjadi ikutan ramai remaja dan ibu muda, Wardina kini dilihat sebagai ikon yang mempunyai kelas yang tersendiri.

Wardina mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta, Ikhwan Johari pada tahun 2002. Hasil perkongsian hidup selama 20 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi.

Bahagia bersama suami dan anak tercinta, Wardina menjadikan ikatan kekeluargaannya sebagai kekuatan dirinya untuk menjalani tugas sebagai seorang anak seni, seklaigus sebagai ikon yang disegani ramai.

Namun, sejak mendirikan rumah tangga dan berhijrah ke Australia untuk menyambung pengajiannya, Wardina sudah jarang muncul di mana mana televisyen dan media massa. Tetapi ramai yang tidak tahu Wardina masih aktif di sosial media.

Menerusi perkongsian potret raya sekeluarga, rata-rata peminat mengagumi kecantikan Wardina. Apatah lagi apabila ketiga-tiga anaknya semakin meningkat dewasa dan cantik.

Wardina Safiyyah dan keluarga

Wardina Safiyyah dan keluarga

Wardina Safiyyah dan keluarga

Wardina Safiyyah dan keuarga

Siapa sangka walaupun telah bergelar ibu kepada tiga orang anak, Wardin atelah mengatur stratergi dan perancangan rapi dalam kehidupannya.

Dia kini sudah selesai pengajiannya dalam bidang psikologi yang menurutnya berasa terpanggil untuk membantu golongan yang meemerlukan dari sudut itu.

Mengikuti perkembangan Wardina di media sosial, wanita kacukan Acheh-Australia ini aktif berkongsi situasi semasa di serata dunia khususnya berkaitan Islam. Malah, keadaan bergolek yang berlaku di Palestin turut menarik minat Wardina untuk membela nasib rakyat di sana.

Wardina Safiyyah

Bercerita mengenai perkembangan terbaharunya, Wardina berkata dia kini sibuk menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan khidmat sosial dan kemasyarakatan. Dia juga bercadang untuk membuka pusat kaunseling dan asuhan.

Wardina Safiyyah dan keuarga

Difahamkan, anak sulung Wardina iaitu Amna Nafeesa turut mewarisi kebijaksanaan ibunya, gadis berusia 18 tahun itu berjaya menamatkan pengajian International Baccaulaureate (IB) Diploma Program iaitu Program Prauniversiti melibatkan pelajar berusia 16 tahun hingga 19 tahun.

Sumber & foto dipetik dari Xtra, Instagram Wardina Saffiyah



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan