Kota Tinggi - Seorang lelaki mengaku bersalah menetak 4 ahli keluarga di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan mendatangkan cedera dengan senjata pada 14 April lalu.
Memetik dari berita Utusan, Hanya kerana selisih faham akibat wang, seorang pemandu lori dipenjara 15 tahun dan lapan sebatan selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut.
Tertuduh, Hadi Hashim, 38, membuat pengakuan berkenaan bagi kempat-empat pertuduhan yang dihadapinya ketika dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norsiah Ujang.Dia yang bekerja sebagai pemandu lori didakwa menyebabkan cedera parah ke atas ibu mentuanya, Puasa Yasik, 57, menggunakan sebilah parang panjang di Jalan Siakap 5, Kampung Sedili Kecil, kira-kira pukul 8.22 malam, pertengahan bulan ini.
Dia yang bekerja sebagai pemandu lori didakwa menyebabkan cedera parah ke atas ibu mentuanya, Puasa Yasik, 57, menggunakan sebilah parang panjang di Jalan Siakap 5, Kampung Sedili Kecil, kira-kira pukul 8.22 malam, pertengahan bulan ini.
Tertuduh juga didakwa melakukan perbuatan sama ke atas isterinya, Norwahida Rosli, 33, dan dua adik iparnya iaitu Norwadiha Rosli, 32, serta Mohamad Amirul Iskandar Kamaruzaman, 16, di lokasi dan waktu yang sama.
Ekoran kesalahan itu, Hadi didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama. Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat bagi Seksyen 326.
Mengikut Seksyen 326A, tertuduh boleh dihukum dengan penjara bagi satu tempoh sehingga dua kali ganda tempoh maksimum yang mana boleh dipenjara maksimum 40 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Irsyad Mardi manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YGBK), Nur Shuhadah Mahzan.
Nur Shuhadah sebelum itu membuat rayuan terhadap hukuman tertuduh kerana lelaki itu mempunyai keluarga dan tanggungan dua orang anak kecil berusia lima tahun dan tiga bulan serta hanya bekerja sebagai pemandu lori dengan gaji sebanyak RM1,300 sebulan.
Sumber: Utusan Online
0 Ulasan