Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Usahawan wanita sarat mengandung hadiahkan suami Lamborghini sebagai ganjaran menjaganya

Baru-baru ini tular seorang wanita sarat mengandung menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada suaminya sebagai ganjaran untuk menjaganya ketika berpantang kelak.

Usahawan wanita sarat mengandung hadiah suami Lamborghini kepada suami sebagai ganjaran menjaganya
Usahawan wanita sarat mengandung hadiah suami Lamborghini kepada suami sebagai ganjaran menjaganya

Usahawan muda, Anes Ayuni Osman, 19, berkata, hadiah kereta Lamborghini Huracan Evo bernilai RM2 juta itu adalah ganjaran yang diberi kepada suaminya, Ahmad Weldan Zulkefli, 20, pada petang Jumaat lalu.

"Selain menghargai pengorbanan suami, hadiah Lamborghini ini kerana mahu dia sentiasa berada di sisi saya sepanjang tempoh berpantang," katanya.

Ayuni menjelaskan hadiah itu diberi awal kerana semasa berpantang kelak dia tidak dapat pergi ke mana-mana kerana mengikut amalan berpantang keluarganya selama ini yang memakan masa selama 100 hari.

Difahamkan, Ayuni yang mengusahakan perniagaan kosmetik kini menetap di Kota Bharu telah merancang untuk berpantang di rumah ibu bapanya di Pasir Mas, Kelantan.

Sebelum ini, Ayuni pernah menarik perhatian netizen di media sosial dengan ragamnya mahu memiliki kereta mewah Lamborghini Aventador SV bernilai RM3 juta semasa awal kehamilan.

Permintaannya itu ditunaikan oleh Ahmad Weldan selepas salah satu videonya di TikTok memenuhi syarat mendapat 100,000 likes.

Ayuni berharap suaminya dapat menjaga bayi mereka sepanjang masa kerana dia pergerakan dia berkemungkinan terbatas disebabkan dia dijangka akan bersalin secara czer.

"Ibu-ibu tahu sakitnya selepas bersalin czer. Jadi, saya mahu lebih perhatian daripada suami saya," katanya.

Selain itu, Ayuni juga berharap suaminya menguruskan bayi mereka termasuk membersihkan lampin dan mencuci najis/kencing anak. Ayuni yakin suaminya tiada masalah melakukan perkara itu kerana sudah menjadi kebiasaan Ahmad Weldan membersihkan najis kucing.

Sumber: mStar Online, TikTok Ayuni



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan