RANTAU PANJANG – Sebuah kereta jenis Perodua Kancil tiba-tiba terbakar ketika sedang diisi minyak di sebuah stesen minyak di sini pada pagi Isnin.
Kereta Perodua Kancil terbakar ketika isi minyak di Petronas Rantau Panjang |
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, turut terbakar seunit pam minyak yang digunakan untuk mengisi bahan api kereta berkenaan.
“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 8.36 pagi dan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi mendapati sebuah kereta Perodua Kancil sedang terbakar,” katanya.
Ujarnya, kerja memadam api dilakukan dengan menggunakan dua unit hos daripada satu jentera dan api dapat dikawal pada jam 8.43 pagi.
“Siasatan mendapati kereta terbakar sehingga 50 peratus manakala pemandunya tidak dapat dikesan.
“Api merebak ke sebuah pam minyak dengan kemusnahan sebanyak seratus peratus,” katanya.
Tambah beliau, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
0 Ulasan