Kecoh apabila satu video yang memaparkan suami Neelofa, PU Riz atau nama sebenar Haris Ismail tular di Twitter. Video tersebut memaparkan Haris sedang memberikan tip dan mengulas tentang lsu rumah tangga. Namun, kenyataan PU Riz menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.
“Rumah saya bayar, barang mentah saya beli, takkan suami kena belajar masak?” — PU Riz |
Rumah saya bayar, barang mentah saya sediakan, tapi kalau tak ada orang nak masak? Takkanlah saya pulak yang kena angkat beras, takkan saya pula kena belajar?” katanya.
Pengguna Twitter yang memuat naik video tersebut turut mempersoalkan mengenai kelayakan PU Riz sehingga dipanggil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai salah seorang speaker.
Atas sebab apa gov agency seperti KPWKM invite si Haris ni as one of speaker? 3mins pertama pun aku dah berbulu telinga dengar. Zaman skrg semua kena give and take. Bukannya sbb kau laki, bini kena buat semua. pic.twitter.com/iwp3cthRIE
— pinokio (@Kionopi188) March 9, 2022
Malah dia juga menghentam Haris yang dlihat tidak boleh bertolak ansur dengan isteri sendiri.
Namun, perkongsian itu menerima kecaman kalangan netizen.
Bukan itu sahaja ada pula yang memberi komen agak melampau dengan berkata Haris tak takut kena cerai ke dengan Neelofa cakap macam ni...
0 Ulasan