Dimaklumkan bahawa API MDC Group of Companies kini mempelawa pelajar USM yang sedang mengikuti pengajian dalam semua program untuk memohon biasiswa API MDC seperti yang ditawarkan di bawah.
Permohonan boleh dibuat sehingga 31 Mac 2022, jangan terlambat!
Pelajar yang berminat boleh hantarkan permohonan secara atas talian melalui borang permohonan yang disediakan ke alamat email yang dinyatakan.
Pastikan borang permohonan yang dihantar lengkap diisi dan disertakan bersama dokumen-dokumen sokongan yang dinyatakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program biasiswa yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Maklumat Biasiswa
- Nama biasiswa: Program Biasiswa API-MDC
- Nama penaja: API-MDC Group of Companies
- Jenis program pengajian: Semua program pengajian boleh mohon
- Jumlah biasiswa: RM6,000 setahun
- Tarikh tutup permohonan: 31 Mac 2022
Syarat Kelayakan
Permohonan adalah terbuka kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Pelajar sepenuh masa mengikuti pengajian Bachelor Degree di Universiti Sains Malaysia (semua kampus) dan dalam pengajian tahun kedua
- Pencapaian akademik pengajian tahun pertama minimum CGPA 3.00 dan ke atas
- Aktif dalam penglibatan aktiviti extra-curricular
- Semua jenis program pengajian boleh mohon
Dokumen Sokongan
Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa penghantaran borang permohonan adalah seperti berikut:
- Gambar terkini pemohon berukuran pasport (berwarna) dalam format JPEG/PNG
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang) pemohon
- Salinan Sijil & Transkrip Akademikv (SPM / STPM / UEC/ A-Levels/ O-Levels/ MUET / CPU / Matrikulasi / Diploma / IB / dll.)
- Salinan keputusan peperiksaan semester terkini
- Salinan Sijil Kokurikulum, dsb.
- Nyata Cukai Pendapatan Terkini, Borang EA, Penyata Gaji Ibu Bapa/Penjaga (jika ada) *
- Salinan Surat Penerimaan daripada universiti
Cara Memohon
Sekiranya anda berminat dengan program biasiswa yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan dengan menghantar borang permohonan yang lengkap diisi ke alamat email yang dinyatakan. Borang permohonan boleh dimuat turun di bawah:
Muat Turun BorangSemua permohonan mestilah dihantar selewat-lewatnya 31 Mac 2022 ke alamat email berikut: apimdc.scholarship@gmail.com dengan menaip tajuk (subject) email: USM_API-MDC 2022 Scholarship Application
0 Ulasan