Seorang pengawal keselamatan dilaporkan maut, manakala rakannya mengalami kecederaan akibat ditembak dalam kejadian rompakan bank di Puchong Prima, hari ini.
| Pengawal keselamatan maut ditembak, rakannya cedera dalam kejadian rompakan bank di Puchong Prima |
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kedua-dua pengawal keselamatan itu terdahulu sedang mengawal van keselamatan yang membawa sejumlah wang tunai.
Suspek yang datang terus melepaskan tembakan ke arah kedua-dua mangsa sebelum berjaya meloloskan diri.
Polis sedang menyiasat sama ada mangsa hendak mengambil wang dari bank atau mengeluarkan wang dari van untuk dibawa ke bank berkenaan.
Sumber: Harian Metro
0 Ulasan