Dalam menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia, beberapa pakej bantuan yang telah diperkenalkan dan diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2022. Perkara ini telah disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz. Antara bantuan yang bakal dilaksanakan pada tahun 2022 nanti iaitu, Bantuan Awal Persekolahan dan bantuan tersebut telah dinaikkan kadarnya kepada RM150.
Pengenalan
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.
Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
Kriteria Kelayakan
Syarat kelayakan bagi ibu bapa yang ingin mohon bantuan ini adalah seperti berikut:
- Pelajar warganegara Malaysia
- Pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang berasal daripada isi rumah yang berpendapatan bulanan KASAR RM3,000.00 dan ke bawah.
- Hanya layak kepada pelajar yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Negeri & Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa) sahaja.
* Pendapatan kasar bulanan ialah pendapatan yang mengambil kira gaji pokok/ hakiki & elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa & elaun tidak tetal boleh diambil kira sebagai pendapatan kasar.
Jumlah Bantuan
Pelajar yang layak akan dapat bantuan sebanyak RM150.00 secara one-off (sekaligus).
Cara Permohonan
- Kelayakan untuk terima bantuan ini akan diputuskan oleh pihak sekolah.
- Ibu bapa / penjaga perlu isi borang-borang permohonan iaitu borang PB-1 dan borang PB-2 (jika perlu)
- Kemudian hantarkan borang yang diisi lengkap bersama dengan dokumen-dokumen sokongan kepada pihak sekolah.
Muat Turun Borang BAP
Anda boleh muat turun borang-borang permohonan bantuan KPM BAP 2022 di pautan berikut:
Bagi ibu bapa / penjaga yang ada slip gaji (ada majikan), sila muat turun Borang Permohonan (PB-1) ▼ |
|
Borang PB-1 | |
Bagi ibu bapa / penjaga yang tiada slip gaji (kerja sendiri), sila muat turun Borang Pengesahan Pendapatan (PB-2) ▼ |
|
Borang PB-2 |
NOTA: Bagi ibu bapa/penjaga yang mengisi borang PB-2 sebagai akuan pendapatan perlulah mendapat cop rasmi daripada ketua kampung atau mana-mana pegawai.
Kaedah Bayaran
Dua kaedah pembayaran bantuan kepada penerima yang layak, iaitu:
- Secara Tunai: dibuat di sekolah mengikut SOP ditetapkan oleh KKM, MKN.
- Secara Kredit: dibayar kepada pelajar yang mempunyai akaun bank.
Tarikh Bayaran
Pembayaran telah dilakukan sebanyak 2 kali dan pembayaran bulan Januari telahpun dikreditkan kepada penerima yang layak:
- Pelajar Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 (Sesi 2022/2023) serta
- Pelajar Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 (Sesi 2021/2022)
Manakala untuk pembayaran bulan Mac:
- Diberikan hanya kepada pelajar tahun 1 sesi 2022/2023 sahaja
- Pembayaran dijangka akan diberikan selepas pendaftaran 21 Mac 2022
Dokumen Yang Diperlukan
Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan ini:
- Borang PB-1 (telah lengkap)
- Borang PB-2 (jika tiada penyata pendapatan)
- Salinan sijil lahir pelajar
- Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga
- Salinan slip gaji/ penyata pendapatan/ Borang Pengesahan Pendapatan-Borang PB-2
- Salinan Kad OKU (jika berkenaan)
- Sijil kematian ibu/ bapa (jika berkenaan)
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan (BAP), sila layari laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia di Portal KPM.
0 Ulasan