Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Video dan Foto: Tragedi ngeri tanah runtuh di Ampang, ragut 4 nyawa, 15 rumah kediaman tertimbus

Dua daripada 15 buah rumah dikhuatiri tertimbus sepenuhnya dalam kejadian tanah runtuh. Dalam kejadian itu, seorang daripada empat penghuni kediaman tersebut diselamatkan pasukan bomba pada pukul 6.54 petang. Beberapa rakaman video yang memaparkan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, Selangor berlegar dan tular di media sosial.

Video dan Foto: Ragut 4 nyawa,15 rumah tertimbus tragedi ngeri tanah runtuh di Ampang
Tragedi ngeri tanah runtuh di Ampang, ragut 4 nyawa,15 rumah kediaman tertimbus 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.54 petang dan tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.

Terdahulu, penghuni di kawasan perumahan itu digemparkan dengan bunyi dentuman kuat berpunca daripada runtuhan tanah yang berlaku sebanyak dua kali ketika hujan lebat petang semalam malah detik-detik kejadian tersebut turut direkodkan oleh orang awam.

Kronologi kejadian

Berikut adalah detik-detik akhir kejadian yang dilihat saksi seperti yang dilaporkan Bernama.

Difahamkan kejadian tanah runtuh berlaku sebanyak dua kali disertai hujan gerimis.

Penduduk Taman Bukit Permai 2, Azril Sham Mohamed, 50, dia baharu sahaja pulang dari tempat kerja sekitar jam 6 petang sebelum dikejutkan bunyi dentuman kuat berpunca daripada tanah runtuh.

"Saya segera memanggil isteri dan anak untuk diselamatkan dan bawa mereka ke tempat yang selamat,” katanya.

Ia adalah pertama kali berlaku sepanjang 13 tahun menetap di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, pekerja syarikat penyelenggaraan utiliti, Angeozeel Andrew, 21, dia bersama tiga lagi rakan menaiki dua buah lori untuk melakukan kerka-kerja penyelenggaraan di lokasi tersebut pada jam 4.30 petang.

"Ketika mahu memulakan kerja-kerja penyelenggaraan, tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan kami masuk semula ke dalam lori,” katanya.

Angeozeel bersama seorang rakan masuk ke dalam lori yang diparkir kira-kira 10 meter jaraknya daripada lori kedua yang dinaiki dua lagi rakan sekerja.

Seorang rakannnya sempat merakam gambar sekitar lokasi untuk dihantar kepada juruteknik.

"Kami berehat di dalam lori dan tidak lama kemudian saya mendengar dentuman kuat seperti petir sebelum saya menoleh ke belakang dan melihat lori mereka ditimbus tanah,” katanya.

Angeozeel bersama dua rakan keluar dari lori untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun kelibat rakannya yang merakamkan gambar lokasi tidak dilihat keluar dari lori berkenaan.

Foto-foto Operasi SAR

Tragedi ngeri tanah runtuh di Ampang, ragut 4 nyawa,15 rumah tertimbus
Tragedi ngeri tanah runtuh di Ampang, ragut 4 nyawa,15 rumah tertimbus
Tragedi ngeri tanah runtuh di Ampang, ragut 4 nyawa,15 rumah tertimbus
Tragedi ngeri tanah runtuh di Ampang, ragut 4 nyawa,15 rumah tertimbus
Tragedi ngeri tanah runtuh di Ampang, ragut 4 nyawa,15 rumah tertimbus

Tragedi ngeri tanah runtuh di Ampang, ragut 4 nyawa,15 rumah tertimbus
Tragedi ngeri tanah runtuh di Ampang, ragut 4 nyawa,15 rumah tertimbus

Saksikan video

Video-video operasi mencari dan menyelamat


Mengenai mangsa

Mangsa pertama yang juga lelaki berusia 84 tahun diselamatkan pada 6.54 petang dan mengalami cedera ringan.

Mangsa kedua pula iaitu isterinya mangsa pertama ditemukan pada jam 7.53 malam dalam keadaan tidak bernyawa dan mayatnya dapat dikeluarkan pada jam 9.15 malam.

Mangsa ketiga ditemui pada jam 10.58 malam. Mayat mangsa keempat dan kelima merupakan pekerja syarikat pengurusan Air Selangor ditemui pada jam 12.46 tengah malam dan 1.59 pagi.

Ketika ini, usaha mengesan tiga lagi mangsa giat dilakukan dan semua penduduk di Taman Bukit Permai, Ampang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Taman Mega Jaya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya sedang mengesan kemungkinan terdapat mangsa lain yang tertimbus.

Operasi SAR

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kelima-lima mangsa yang dilaporkan tertimbus itu bermula kira-kira sembilan jam lepas dengan sebuah jentera berserta sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan dikerah ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5.54 petang.

Operasi SAR ditamatkan pada kira-kira 2 pagi apabila Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak mengesahkan penemuan mayat mangsa keempat dan kelima, kedua-duanya lelaki warga tempatan termasuk seorang pekerja Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), masing-masing pada 12.46 tengah malam dan 1.59 pagi.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya akan menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) di tapak runtuhan bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat.

Doakan untuk mangsa

Sementara itu, Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob mengajak orang ramai berdoa semoga mangsa masih hilang dapat diselamatkan.

“Saya mendapat berita sedih mengenai kejadian tanah runtuh. Pasukan bomba dan penyelamat terus melakukan kerja-kerja menyelamat secara pantas dan dalam usaha mencari mangsa,” katanya di Twitternya.

Diucapan takziah buat semua keluarga mangsa yang terlibat.

Sumber: Bernama | Awani | Utusan | FMT



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan