Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kes baharu Covid-19 meningkat 30,787, sembuh 26,457 direkod pada Khamis

SEBANYAK 224 daripada 30,787 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Khamis melibatkan kategori tiga hingga lima, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


Jumlah kes baharu Covid-19 meningkat kepada 30,787,  kes sembuh 26,457 direkod pada Khamis
Jumlah kes baharu Covid-19 meningkat kepada 30,787,  kes sembuh 26,457 direkod pada Khamis

Beliau berkata, baki 30,563 kes lagi terdiri daripada kategori satu dan dua, sekali gus menjadikan kumulatif kes positif Covid-19 negara berjumlah 3,741,986.

"Sementara itu, 26,457 kes sembuh dilaporkan semalam menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 3,393,999 kes,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 negara pada Jumaat.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 224 kes Covid-19 kategori tiga hingga lima itu, 58 kes melibatkan individu tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi manakala 94 kes telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak.

"Sebanyak 72 kes telah menerima dos penggalak manakala 122 kes berumur 60 tahun dan ke atas serta 96 kes mempunyai komorbid,” katanya.

Beliau berkata, 2,048 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital pada Khamis, melibatkan 771 kes kategori tiga hingga lima dan 1,277 kes kategori satu dan dua.

Katanya, 389 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 229 kes memerlukan bantuan pernafasan, sekali gus menjadikan kadar penggunaan alat itu kini 26 peratus.

Mengenai penggunaan katil kes kritikal atau ICU, Dr Noor Hisham berkata, enam negeri menunjukkan pengisian 50 peratus atau lebih, iaitu Kelantan (79 peratus), Johor (68 peratus), Putrajaya (67 peratus); Kuala Lumpur (62 peratus) dan Pulau Pinang serta Selangor masing-masing 57 peratus.

Beliau berkata, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 negara kini ialah 1.04 dan antara negeri yang mencatat Rt tertinggi ialah Sarawak dengan 1.37. Negeri lain yang mencatatkan Rt melebihi 1.0 ialah Kuala Lumpur (1.16), Terengganu (1.15), Perak (1.10); Negeri Sembilan (1.07); Kedah (1.05); Selangor (1.04); Pahang dan Pulau Pinang masing-masing 1.03, manakala Melaka dan Putrajaya masing-masing 1.02.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan