Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Gara-gara memasak seawal 5 pagi, gadis ini dituduh menganggu & ‘makan’ penampar rakan serumah

Ramai lagi rakyat Malaysia pada masa kini masih belum mampu untuk membeli rumah sendiri dan terpaksa menyewa, walaupun sudah bertahun-tahun bekerja. Mana tidaknya, komitmen yang perlu dibayar setiap bulan pun sudah melebihi 50% daripada gaji pokok yang diterima. Jika anda belum memiliki rumah pertama dan ingin memilikinya dengan pembiayaan 100% daripada institusi kewangan, sila baca Cara-cara memohon Skim Rumah Pertamaku 2022: Bantuan untuk memiliki rumah pertama

Gara-gara memasak seawal 5 pagi, gadis ini dituduh menganggu & ‘makan’ penampar rakan serumah
Gara-gara memasak seawal 5 pagi, gadis ini dituduh menganggu & ‘makan’ penampar rakan serumah

Baru-baru ini, satu kejadian mengundang kemarahan orang ramai telah berlaku apabila seorang wanita (Vestene Wong) menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Isnin (8 Mac) telah berkongsi sesuatu yang menimpanya.

Hantaran panjang lebar itu ditulis bagi menjelaskan apa sebenarnya yang dilakukan oleh rakan serumahnya, dikenali sebagai Angie Tuen (menurut profil Facebook yang dilampirkan).

Menurutnya, dia menyediakan makanan pada jam 5 pagi untuk pergi hiking bersama rakannya dan itulah pertama kali dirinya menggunakan dapur di rumah sewanya.

Sebahagian luahannya

Hai semua, hari ini saya menggunakan platform media sosial untuk berkongsi apa yang berlaku kepada saya pada pagi Ahad. Sebagai permulaan, saya kini tinggal di bilik sewa dengan tiga orang rakan serumah (seorang rakan serumah wanita di tingkat bawah di luar dapur dan dua rakan serumah lelaki di tingkat atas).

Pada 5/3/2022 Ahad, saya telah merancang untuk pergi 'hiking' dengan kawan-kawan dan saya pergi ke dapur untuk menyediakan makanan pada pukul 5 pagi.

Namun, tidak sampai 10 minit berada di dapur.. rakan serumah saya yang tinggal Di tingkat bawah telah keluar dari bilik dan menampar muka saya. Alasannya kerana saya membangunkan dia. Dia juga menjerit kepada saya dengan bahasa kasar dan mempersoalkan mengapa saya tidak membawa dapur ke ruang tamu untuk memasak.

Pada masa itu, saya terkejut kerana saya fikir itu adalah kawasan biasa, sesiapa sahaja boleh menggunakannya pada bila-bila masa dan ini adalah kali pertama saya menggunakan dapur di awal pagi. Malah, saya dah dua kali mengesahkan dengan tuan tanah saya bahawa tiada larangan untuk menggunakan kawasan umum.

Saya memberitahunya bahawa saya akan memfailkan laporan kepada polis dan dia memberitahu saya dia boleh 'terlepas' tuduhan dan menyaman saya balik kerana dia mengalami 'anxiety'.

Jadi jika salah seorang penyewa kelaparan di tengah malam dan memutuskan untuk memasak, adakah dia perlu ditampar di muka oleh penyewa yang tinggal di tingkat bawah?

Ditampar tiba-tiba

Ketika sedang menyediakan makanan, seorang rakan serumahnya telah bertindak menegurnya lalu menampar dirinya secara tiba-tiba. Tindakan tersebut dikatakan kerana Vestene yang memasak pada awal pagi telah membuatkan wanita itu terjaga dari tidur.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut memarahinya dengan bahasa kesat dan menyuruhnya untuk masak di dalam bilik. Tambahnya, dia sudah mengesahkan dengan tuan rumah bahawa tiada masa larangan untuk menggunakan kawasan umum dalam rumah seperti dapur dan ruang tamu.

Buat laporan polis

Lantaran itu, Vestene telah membuat laporan polis dan wanita tersebut turut ke balai polis. Malah, wanita itu membawa ubat tidak dilabel dan mengatakan dia memiliki ‘mild anxiety’.

Oleh itu, pihak polis telah menuntut wanita itu untuk meminta maaf kepada Vestene tetapi permohonan maaf tersebut dirasakan tidak ikhlas. Tambah Vestene, dia masih tinggal di rumah yang sama kerana ini adalah bulan terakhir mereka menyewa di rumah tersebut dan masih berasa ketakutan serta berharap wanita itu tidak akan menyakitinya.

Rakaman CCTV Vestene ketika ditampar telah dikongsikan ramai orang dan mendapat perhatian netizen. Rata-rata netizen mengecam tindakan rakan serumahnya yang menampar dirinya dan berpendapat bahawa ‘sakit’ bukanlah alasan membenarkan seseorang bertindak kasar terhadap orang lain.

Reaksi netizen

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang mengakui mungkin tindakan gadis itu masak pukul 5 pagi boleh mendatangkan kemarahan housematenya namun isu tersebut tidak sepatutnya melarat hingga ke adegan ‘tampar’ tersebut.

Gara-gara memasak seawal 5 pagi, gadis ini ‘makan’ penampar rakan serumah

Malah ada yang mengatakan, individu berkenaan tidak sewajarnya menggunakan isu anxiety sebagai ‘tiket’ untuk dia menampar seseorang.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan