Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Dituduh jual sotong 'frozen' diperbuat daripada dubur khinzir, pemilik syarikat tampil jawab dakwaan

Kriteria pertama yang dipertimbangkan oleh pengguna Islam di Malaysia, sebelum membeli sesuatu produk terutamanya bahan makanan, produk tersebut mesti mempunyai sijil Halal daripada JAKIM ataupun badan pensijilan Halal dari luar negara yang diluluskan oleh JAKIM.

SEBELUM ini tular dakwaan berkaitan status halal satu produk makanan sejuk beku (frozen) dimana ada individu tidak bertanggungjawab mengatakan cincin sotong tersebut daripada dubur babi walaupun diiktiraf halal oleh JAKIM.

Dituduh jual sotong frozen diperbuat daripada dubur khinzir, pemilik syarikat tampil jawab dakwaan
Dituduh jual sotong frozen diperbuat daripada dubur khinzir, pemilik syarikat tampil jawab dakwaan

Difahamkan, khabar angin tidak benar itu telah tular di media sosial dan juga dikongsikan sebagai mesej berangkai, lalu mempengaruhi ramai orang terutama sekali golongan berusia yang mudah percaya berita seperti ini.

Lantaran itu, syarikat tersebut menafikan dakwaan itu dalam satu sidang media dan menegaskan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap netizen yang menyebarkan dakwaan tidak benar itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Shen Hua Resources, Rodney Soon, pihaknya mendapati dua netizen menyebarkan khabar angin itu di Facebook untuk memburuk-burukkan produk cincin sotong keluaran syarikat induk mereka, Dayou Group di China.

Kiriman mesej berangkai berkongsi foto hidangan calamari ring ataupun sotong sejuk beku yang dipotong bulat seperti cincin. Produk berkenaan didakwa tidak dihasilkan menggunakan sotong sebenar, sebaliknya ia diperbuat daripada bahagian dubur babi sedangkan produk itu juga terpapar logo halal yang diiktiraf JAKIM.

Produk berkenaan didakwa tidak dihasilkan menggunakan sotong sebenar, sebaliknya ia diperbuat daripada bahagian dubur babi sedangkan produk itu juga terpapar logo halal yang diiktiraf JAKIM.
Produk berkenaan didakwa tidak dihasilkan menggunakan sotong sebenar, sebaliknya ia diperbuat daripada bahagian dubur babi sedangkan produk itu juga terpapar logo halal yang diiktiraf JAKIM.

Tambahnya, khabar angin itu menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat dan merosakkan imej serta menjejaskan jualan produk mereka lalu menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian besar.

Malah, laporan polis telah dilakukan berhubung fitnah yang dilemparkan terhadap produk syarikat mereka. Bukan itu sahaja, cincin sotong itu disahkan oleh Shandong Halal Certification Services Sdn Bhd (SHC), yang dilantik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai badan pensijilan halal asing di China.

Rodney turut meluahkan rasa kesal terhadap siasatan yang dilakukan JAKIM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) terhadap produk mereka kerana telah mengambil sampel untuk ujian, tetapi tidak mengeluarkan sebarang laporan mengenai hasil ujian menyebabkan syarikat mereka tidak dapat menafikan fitnah netizen.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan