Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Cara memohon Skim Rumah Pertamaku 2022, bantuan untuk memiliki rumah pertama

Mungkin ramai diantara kita yang masih belum tahu tentang kewujudan Skim Rumah Pertamaku (My First Home), iaitu sebuah skim pinjaman perumahan yang terbuka kepada kakitangan di sektor awam dan swasta, termasuk mereka yang bekerja sendiri.

Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2022: Bantuan untuk memiliki rumah pertama

Apakah Skim Rumah Pertamaku?

Program Skim Rumah Pertamaku ini telah diperkenalkan mulai tahun 2011 dalam pembentangan Bajet 2011. Ia juga turut dikenali sebagai “My First Home Scheme” yang bertujuan untuk membantu golongan muda memiliki rumah sendiri.

Skim ini membenarkan pembeli rumah memperolehi pembiayaan sebanyak 100% daripada institusi -institusi kewangan bagi membolehkan mereka memiliki rumah pertama tanpa perlu membayar wang pendahuluan sebanyak 10%.

Ia diperkenalkan untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Syarikat Cagamas SRP Berhad (“CSRP”) akan menjamin sehingga 20% pertama atas dasar ‘kerugian pertama’.

Melalui skim ini, pemohon yang layak boleh mendapat pembiayaan pinjaman perumahan hingga 110%, bermaksud pinjaman tanpa deposit 10% yang biasa dikenakan untuk membeli rumah.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah kriteria atau syarat-syarat kelayakan permohonan bagi peminjam/pelanggan:

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  2. Hanya untuk pembeli rumah pertama
  3. Terbuka kepada individu berumur tidak melebihi 35 tahun
  4. Pendapatan kasar peminjam perseorangan tidak melebihi RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar peminjam bersama tidak melebihi RM10,000 sebulan berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak melebihi daripada RM5,000 bagi setiap peminjam
  5. Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat (yang mana lebih rendah)


Syarat Kediaman

Syarat-syarat rumah / kediaman / hartanah yang ingin dimiliki adalah seperti berikut:

  1. Rumah / Kediaman / Hartanah yang terletak dalam Malaysia
  2. Nilai minimum hartanah mestilah berjumlah  RM100,000
  3. Nilai Maksimum hartanah mestilah berjumlah RM400,000
  4. Dihuni oleh pemilik iaitu pembeli sendiri mesti menghuni kediaman tersebut

Terma & Syarat Pembiayaan

Pembiayaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat berikut:

  1. Tempoh pembiayaan mestilah tidak melebihi 35 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65  tahun di akhir tempoh pembiayaan. Tempoh pembiayaan maksimum yang disemak semula ini adalah selaras dengan keputusan Bank Negara Malaysia yang telah diumumkan pada Julai 2013
  2. Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
  3. Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  4. Insurans / takaful kebakaran adalah diwajibkan

Institusi Kewangan

Permohonan untuk pembiayaan melalui Skim Rumah Pertamaku ini boleh dibuat di mana-mana cawangan terdekat bank yang terlibat seperti berikut:

  1. Affinbank
  2. Alliance Bank
  3. Alliance Islamic Bank
  4. AmBank
  5. AmIslamic Bank
  6. Bank Islam
  7. Bank Muamalat
  8. CIMB Bank
  9. CIMB Islamic
  10. Hong Leong Bank
  11. Hong Leong Islamic Bank
  12. Maybank
  13. Maybank Islamic
  14. OCBC Bank
  15. OCBC Al-Amin
  16. Public Bank
  17. Public Islamic Bank
  18. RHB
  19. RHB Islamic Bank
  20. Standard Chartered
  21. Standard Chartered Saadiq
  22. UOB

Soalan-soalan Lazim

  1. Soalan: Sekiranya bekerja sendiri dan mendapat purata gaji bulanan sekitar RM2,000, adakah layak untuk memohon skim ini.
    • Jawapan: Tidak Layak. Hanya pekerja dalam sektor swasta termasuk badan-badan berkanun yang tidak mempunyai tawaran kemudahan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan layak untuk memohon skim ini.
  2. Soalan: Pasangan saya bekerja di sektor swasta manakala saya bekerja sendiri, bolehkah kami memohon sebagai peminjam bersama untuk skim ini?
    • Jawapan: Tidak dibenarkan. Hanya pasangan (bekerja di sektor swasta yang boleh memohon secara individu bagi skim ini.
  3. Soalan: Saya dan rakan telah memenuhi setiap kriteria kelayakan sebagai peminjam, bolehkah kami membuat permohonan sebagai peminjam bersama untuk pembiayaan skim ini?
    • Jawapan: Tidak boleh. Peminjam bersama mestilah merupakan ahli keluarga sama ada suami dan isteri atau adik beradik sahaja dan mestilah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.
  4. Soalan: Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan pembiayaan 100% bagi membeli hartanah bernilai RM400,000?
    • Jawapan: Pemohon boleh mendapat pembiayaan 100% menerusi pinjaman bersama dengan gabungan pendapatan tidak melebihi daripada RM10,000 sebulan (mengikut pendapatan kasar bulanan maksimum tidak melebihi RM5,000 untuk setiap peminjam). Dengan andaian sekiranya kedua-dua peminjam tidak mempunyai sebarang komitmen semasa permohonan dilakukan, tempoh pembiayaan adalah 35 tahun (bergantung kepada umur kedua-dua peminjam tidak lebih daripada 65 tahun pada akhir tempoh pembiayaan) serta memenuhi semua keperluan kredit bank, ansuran bulanan pinjaman berkenaan tidak boleh melebihi 60% daripada gabungan pendapatan bersih bulanan bagi kedua-dua peminjam
  5. Soalan: Bolehkah skim ini digunapakai untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri?
    • Jawapan: Tidak boleh. Skim ini tidak merangkumi pembinaan rumah di atas tanah sendiri.
  6. Soalan: Saya mempunyai pendapat sebanyak RM2,000 manakala pasangan saya sebanyak RM3,000 sebulan. Adakah kami layak untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% bagi membeli rumah pertama kami berharga RM300,000 di bawah skim ini?
    • Jawapan: Ya. melalui skim ini, pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan bagi peminjam perseorangan atau peminjam bersama tidak boleh melebihi 60% daripada gabungan pendapatan bersih bulanan kedua-dua peminjam. Dengan andaian jumlah komitmen sedia ada (ansuran kereta + pinjaman peribadi) berjumlah RM1,200. Bagi kes ini, pembayaran balik maksimum untuk pinjaman perumahan di bawah SRP tidak boleh lebih daripada RM1,410 sebulan.Contoh kiraan:
    • Gabungan pendapatan kasar : RM2,000 + RM5,000
    • Gabungan pendapatan bersih : RM4,350 (pendapatan setelah potongan berkanun; cukai, KWSP & SOCSO)
    • 60% daripada RM4,350 = RM2.610 – RM1,200 = RM1,410Mengikut kadar faedah / keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan selama 35 tahun (tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun pada akhir tempoh pembiayaan), jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM294,000.

Maklumat Lanjut

Bagi pekerja sektor swasta, sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut atau ingin mendapatkan informasi mengenai skim ini, anda boleh layari laman web rasmi Skim Rumah Pertamaku di www.srp.com.my emelkan ke query@srp.com.my atau hubungi talian institusi kewangan yang disediakan di bawah:

  1. Affin Bank Berhad : 03-55223000
  2. Alliance Bank Malaysia Berhad : 03-26129266 / 9267
  3. Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad : 03-26129266 / 9267
  4. AmBank Berhad : 03-21788888
  5. AmIslamic Bank Berhad : 03-21788888
  6. Bank Islam Malaysia Berhad : 03-26900900
  7. Bank Muamalat Malaysia Berhad : 1-300-88-8787
  8. CIMB Bank Berhad : 1-300-88-0900
  9. CIMB Islamic Bank Berhad : 1-300-88-0900
  10. Hong Leong Bank Berhad : 1-800-38-8888
  11. Hong Leong Islamic Bank Berhad : 1-800-38-8888
  12. Maybank Berhad : 1-300-88-6688
  13. Maybank Islamic Bank Berhad : 1-300-88-6688
  14. OCBC Bank Malaysia Berhad : 1-300-88-5000
  15. OCBC Al Amin Berhad : 1-300-88-0310
  16. Public Bank Berhad : 1-800-22-9999
  17. Public Islamic Bank Berhad : 1-800-22-9999
  18. RHB Bank Berhad : 1-800-88-4663
  19. RHB Islamic Bank Berhad : Semenanjung Malaysia : 03-9206 8118/ Sabah & Sarawak : 08-2276118
  20. United Overseas Bank Malaysia Berhad : 03-26128121
  21. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad : 03-77118888
  22. Standard Chartered Saadiq Berhad : 03-2117 7941

Semoga perkongsian ini dapat membantu memudahkan lagi setiap pemohon agar lebih memahami dan seterusnya berjaya mendapat manfaat daripada skim ini.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan