Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Zelensky berputus asa untuk menyertai NATO, Tak nak jadi pemimpin 'meminta sesuatu dengan berlutut'

NATO mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan Rusia berskala penuh ke atas Ukraine – yang merupakan sebuah negara yang bebas, aman dan demokratik, serta rakan kongsi rapat NATO. Perikatan itu menyeru Rusia untuk segera menghentikan serangan ketenteraannya, mengundurkan semua tenteranya dari Ukraine dan berpatah balik dari jalan pencerobohan yang telah dipilihnya. Rusia pula berkata ia tidak mahu negara jiran Ukraine menyertai NATO, pakatan transatlantik yang diwujudkan pada permulaan Perang Dingin untuk melindungi Eropah daripada Kesatuan Soviet.

Volodymyr Zelensky telah mengumumkan bahawa Ukraine tidak akan lagi mencari keahlian NATO, isu rumit yang disebut oleh Rusia sebagai alasan untuk menyerang jirannya yang pro-Barat.

Zelensky berputus asa untuk sertaii NATO, Tak nak jadi pemimpin 'meminta sesuatu dengan berlutut'
Zelensky berputus asa untuk sertaii NATO, Tak nak jadi pemimpin 'meminta sesuatu dengan berlutut'

Zelensky juga berkata beliau terbuka untuk "berkompromi" berhubung status dua wilayah pro-Rusia yang memisahkan diri yang diakui Putin sebagai bebas sejurus sebelum pencerobohan, pada 24 Februari.

Kelantangan Amerika Syarikat mengecam tindakan Rusia yang didakwanya menceroboh Ukraine sehingga melakukan pelbagai sekatan terhadap negara itu dilihat tidak berguna apabila Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengeluarkan kenyataan tidak akan menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Zelensky berkata, Ukraine sudah tidak berhasrat untuk menyertai NATO selepas mengetahui pertubuhan itu juga tidak bersedia menerima Ukraine. Malah, Amerika Syarikat juga tidak membantu Ukraine berperang dengan Rusia.

"Saya sudah lama bertenang selepas mengetahui NATO tidak bersedia untuk menerima Ukraine. Pakatan itu takut dengan isu kontroversi dan konfrontasi dengan Rusia," katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu menjadi presiden sebuah negara yang kerap merayu bantuan dari pelbagai pihak.

Baca juga: “Jangan jadi peserta dalam konflik“ – zon larangan terbang di Ukraine, Putin beri amaran kepada NATO

Rusia sebelum ini menegaskan pihaknya tidak mahu Ukraine menyertai NATO berikutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, NATO yang dikuasai oleh Amerika Syarikat dilihat semakin gigih mengambil alih negara bekas blok Soviet.

Tindakan NATO itu menimbulkan kemarahan Kremlin yang melihat usaha itu sebagai ancaman selepas menyaksikan postur ketenteraan sekutu Barat di sempadan negaranya.

Baca: Poseidon, torpedo nuklear Rusia dikerah jika terpaksa berperang habis-habisan menentang musuhnya?

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, Rusia bersedia menghentikan operasi ketenteraannya di Ukraine sekiranya negara itu memenuhi semua syarat yang dikenakan.

Antaranya, menghentikan tindakan ketenteraan, meminda Perlembagaan untuk mengekalkan neutraliti, mengakui Crimea sebagai wilayah Rusia dan mengiktiraf Donetsk dan Luhansk sebagai republik bebas.

Sumber: Utusan Online


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan