Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Berang dihon, pakcik berkopiah macam gangster buat provokasi siap maki hamun, tunjuk jari tengah

Insiden 'berang dihon, pakcik berkopiah ini macam gangster buat provokasi siap maki hamun dan tunjuk jari tengah..' berlaku sekali lagi... Tak kira muda ataupun tua, jika sudah membuat kekacauan di atas jalan raya sehingga mengganggu pemandu yang lain tetap dianggap satu kesalahan.

Berang di hon, pakcik berkopiah macam gangster buat provokasi siap maki hamun, tunjuk jari tengah
Berang di hon, pakcik berkopiah macam gangster buat provokasi siap maki hamun, tunjuk jari tengah

Insiden hampir serupa sebelum ini, tetapi provoksi dibuat oleh seorang penunggang motorsikal. Cerita lengkap di bawah:

Bengang dihon, penunggang motosikal tunjuk isyarat lucah, baling sepana ke cermin belakang kereta

Insiden terbaharu yang tidak sepatutnya berlaku ini dialami sendiri oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Yusri Othman.

Berang di hon, pakcik berkopiah macam gangster buat provokasi siap maki hamun, tunjuk jari tengah
Kedua-duanya keluar dari kereta masing-masing untuk berbincang dan membuat penyelesaian terbaik

Beliau telah memuat naik satu luahan berkenaan tindakan seorang warga emas berkopiah putih yang membuat provokasi ke atas dirinya hanya disebabkan satu insiden kecil yang dipercayai berlaku di Melaka.

Lagak macam gangster

Lagak pemandu warga emas yang berkopiah itu juga telah berjaya dirakam menggunakan dashcam kereta di pandu oleh En. Yusri.

Menurut kenyataan yang dibuat lelaki itu, pakcik tersebut berang setelah keretanya dihon kerana memandu terlalu perlahan sehingga memaksa kedua-dua pemandu berhenti untuk bergaduh.

Suasana menjadi lebih tegang apabila pakcik berkopiah tersebut terus menimbulkan provokasi berbaur gangguan seksual terhadap isteri pengguna Facebook yang turut berada di dalam kereta bersama anak lelakinya berumur 10 tahun.

Berang dihon, pakcik berkopiah macam gangster buat provokasi siap maki hamun, tunjuk jari tengah

Provoksi kata² lucah, tunjuk jari tengah

En. Yusri menambah: “alhamdulliah, tiada perkara buruk berlaku sebab aku masih waras lagi… orang tua berkopiah itu hanya membebel dan buat provokosi dengan memanggil aku bodoh dan binatang....”

Berang dihon, pakcik berkopiah macam gangster buat provokasi siap maki hamun, tunjuk jari tengah

Dah jadi kes polis

Setakat ini, pengguna Facebook tersebut sudah membuat laporan polis dan difahamkan pakcik tersebut sudah meminta maaf namun bukan kepadanya.

Laporan polis - berang dihon, pakcik berkopiah macam gangster buat provokasi siap maki hamun, tunjuk jari tengah
Laporan polis - berang dihon, pakcik berkopiah macam gangster buat provokasi siap maki hamun, tunjuk jari tengah

Menurut Yusri, pihak berkuasa memaklumkan yang pakcik terbabit telah diberi nasihat dan amaran melihat daripada tindakannya yang membuat provokasi melampau di atas jalan raya.

Masih tak mengaku salah

Namun begitu, menerusi perkongsian terbaharu En. Yusri di media sosialnya, pakcik berkopiah tersebut difahamkan sudah menghubungi adiknya dan masih tetap tidak mengaku salah di atas tindakan yang dilakukan.

Lebih mengejutkan, dia memberitahu pengguna Facebook itulah yang terlebih dahulu menghimpit keretanya dan mengatakan Yusri bertindak kurang ajar.

Berang dihon, pakcik berkopiah macam gangster buat provokasi siap maki hamun, tunjuk jari tengah

Dituduh himpit kereta, kurang ajar dengan orang tua

Oleh itu, untuk menyangkal tuduhan tersebut, En. Yusri telah menyenaraikan beberapa jawapan di atas persoalan beberapa pihak bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Beliau juga mahu pakcik tersebut memohon maaf kepada anak serta isterinya kerana bersikap biadap dengan membuat provokasi lucah semasa insiden tempoh hari.

Berang dihon, pakcik berkopiah macam gangster buat provokasi siap maki hamun, tunjuk jari tengah

Tak mahu isu berlarutan

Walaupun ramai yang telah menasihatinya untuk mengambil tindakan undang-undang, namun dia masih berfikiran waras dan tidak mahu ia berlarutan.

Akan tetapi, jika pakcik tersebut masih berkeras, dia akan membawa hal ke peringkat seterusnya dan menyerahkan segala bukti kepada peguam.

Berang dihon, pakcik berkopiah macam gangster buat provokasi siap maki hamun, tunjuk jari tengah

Komen-komen netizen

Menjengah ke ruangan komen Facebook, ramai yang telah meninggalkan komen dengan pelbagai maklum balas berhubung penularan rakaman kejadian tersebut.

Rata-rata warganet menyokong tindakan lelaki itu yang masih bersabar dengan kerenah warga emas tersebut walaupun diasak dengan provokasi melampau.

Berang dihon, pakcik berkopiah macam gangster buat provokasi siap maki hamun, tunjuk jari tengah
Sebahagian dari komen-komen netizen

Mereka juga menasihatkan agar En. Yusri mengambil tindakan yang lebih tegas supaya menjadi pengajaran buat mereka yang berlagak seperti gangster di atas jalan raya.

Rakaman video kejadian


Kisah provokasi lain

Ini pula kisah lain, tapi banyak persamaan, salah satu perbezannya provokasi dibuat oleh pemandu berkopiah hitam, hehehe...

[Video] Dah la potong Q dekat ‛traffic light’, lepas tu ‛block’ kereta sesuka hati ajak bergaduh...

Nampaknya imej 'lelaki berkopiah' di jalan raya semakin tercalar sejak kebelakangan ini..

Pengajaran dari kisah ini

Di antara pengajaran daripada kisah ini, adalah seperti berikut:

  1. Sentiasa berhati-hati dan berhemah ketika memandu di jalan raya.
  2. Bersabar, jangan berlagak samseng, buang panas baran.
  3. Jangan buat provokasi, jika berlaku insiden kecil, bawa berbincang dengan baik.
  4. Dashcam semakin penting, sebagai bukti jika berlaku insiden yang tidak diingini.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan