Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] Dah la potong Q dekat ‛traffic light’, lepas tu ‛block’ kereta sesuka hati ajak bergaduh...

Boleh dikatakan memandu di pusat bandar setiap hari pasti akan menemukan korang dengan pemandu dengan gaya samseng yang bukan sahaja tak faham bahasa malah tak mematuhi undang-undang.

Dah la potong Q dekat traffic light, lepas tu ‛block’ kereta sesuka hati ajak bergaduh
Seorang pemandu Proton Perdana dengan lagak samseng cuba mencetuskan pergaduhan selepas cubaannya untuk memotong barisan gagal

Antara perbuatan yang paling banyak dilakukan pastinya memotong barisan yang jelas menyalahi undang-undang dan membahayakan.

Insiden yang tular di Twitter

Terbaharu tular di Twitter sebuah video seorang pemandu Proton Perdana dengan lagak samseng cuba mencetuskan pergaduhan selepas cubaannya untuk memotong barisan di sebuah jalan di Setia Taipan tidak menjadi.


Menerusi video yang dimuat naik @vicenzolorenzo, lelaki berkenaan pada mulanya cuba memotong barisan di persimpanan lampu isyarat. Namun pemilik video mendakwa dia tidak menyedari kewujudan kereta berkenaan menyebabkan dia terus menekan minyak sehingga menghalang Perdana tadi dari memotong.

Mungkin berang dihalang, lelaki tersebut kemudian bertindak mengejar lalu memintas kereta pemilik video tersebut untuk memberhentikannya.


Dia yang dilihat memakai kopiah hitam kemudian keluar dari kereta dengan lagak samseng lalu menghampiri kenderaan pemilik video tersebut dipercayai cuba mencetuskan pergaduhan.

Dia bagaimanapun terus melarikan diri selepas pemilik dashcam memaklumkan dia mempunyai rakaman dan akan membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Rupanya ada saman sebanyak lebih RM8,000

Perkongsian video itu nyata menaikkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan dia sebagai biadap malah ada yang berasakanya perbuatannya langsung tidak mencerminkan imejnya yang berkopiah.


Tidak menunggu lama, beberapa netizen kemudian mula melakukan pencarian berpandukan no plat kereta tersebut dan hasilnya mendapati kenderaannya mempunyai 38 saman kesalahan lalu lintas tertunggak yang berjumlah RM8,150.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan