Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Wanita menggigil ketakutan diskodeng 'ex-boyfriend' kat tingkap tengah malam selepas minta ‘clash’

SEORANG wanita di Toledo, Ohio, Amerika Syarikat berdepan detik mendebarkan apabila bekas teman lelakinya bertindak agresif mengintai tingkap biliknya pada waktu malam selepas dia memberitahu ingin memutuskan hubungan.

Wanita menggigil ketakutan diskodeng 'ex-boyfriend' kat tingkap tengah malam selepas minta ‘clash’
[Gambar Hiasan] Wanita menggigil ketakutan diskodeng 'ex-boyfriend' kat tingkap tengah malam selepas minta ‘clash’

Menerusi rakaman video yang dikongsikan mangsa yang dikenali sebagai Madison di laman Tiktok, wanita itu menggigil ketakutan apabila bekas teman lelakinya bertindak mengintai ke dalam biliknya melalui tingkap dan meminta untuk dibenarkan masuk ke dalam rumah.


Dah dihalau polis

Sebelum kejadian, teman lelaki wanita iru telah pun dihalau keluar dari rumah dengan bantuan pihak polis.

Menurut kenyataan polis bandar Toledo, pihak mereka menerima panggilan berkenaan satu pergaduhan di sebuah premis pada 23 Januari lalu.

Madison pada ketika itu mengunci dirinya di dalam bilik air selepas lelaki itu didakwa mengetuk pintu dengan kuat.

Polis kemudian berjaya menghalau lelaki tersebut yang disahkan pesalah seks berdaftar.

Kembali datang melalui tingkap

Bagaimanapun pada jam 3 pagi, lelaki itu kembali ke rumah tersebut dan mengintai Madison melalui tingkap bilik dan merayu untuk dibenarkan masuk ke dalam rumah wanita itu dengan alasan dia hanya datang untuk bertanya khabar.

Boleh awak benarkan saya masuk?
Saya keluar dan datang ke sini untuk bertanya khabar awak.

Turut didengari menerusi klip berdurasi 36 saat itu lontaran kata-kata kesat daripada lelaki itu yang berang tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Tambah Madison, dia telah berada di dalam situasi yang sama hampir 2 tahun dan sudah tiba masanya hubungan mereka dihentikan.

‘Tabung kilat’ bantu Madison betulkan tingkap

Video tersebut yang tular di Tiktok mendapat perhatian ramai pihak yang prihatin terhadap nasib Madison dan mereka berjaya mengumpul dana melalui ‘GoFundMe’ bagi membolehkan wanita itu membaiki semula tingkap yang rosak, dan memasang sistem penggera keselamatan pada tingkap di rumahnya.

Dalam pada itu, Madison berkata, waran tangkap telahpun dikeluarkan terhadap bekas teman lelakinya dan dia kini sedang menunggu pihak berkuasa menahan lelaki tersebut sebelum membawa kes ini ke mahkamah.

Video yang tular

Sumber: The Sun



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan