Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Tular gambar Myvi terbabas atas kubur, anak pemandu tampil kongsi cerita punca sebenar kejadian

KECOH di media sosial pada Khamis beberapa keping gambar sebuah kereta Perodua Myvi yang terbabas di kawasan tanah perkuburan. Kejadian tersebut disahkan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang berlaku di Tanah Perkuburan Islam Forest Height di Senawang kira-kira 10.40 pagi.

Tular gambar Myvi terbabas atas kubur, anak pemandu tampil kongsi cerita punca sebenar kejadian

Foto tular itu mencuri perhatian netizen, rata-ratanya mengecam dan menyalahi tindakan pemandu yang dikatakan cuai sehingga telah merosakkan tanah perkuburan di situ. Tambahan pula, jenis kenderaan yang digunakan sering menjadi topik hangat orang ramai.

Pemandu seorang wanita

Media memaklumkan, insiden tersebut dipercayai berpunca apabila pemandu Myvi merupakan seorang wanita berusia 60 tahun telah terbabas ketika memusingkan kenderaannya sehingga melanggar kubur.

Susulan insiden itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Datuk Masri Razali berkata akan menghubungi waris kubur yang rosak (sebanyak empat kubur) bagi memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Tular gambar Myvi terbabas atas kubur, anak pemandu tampil kongsi cerita punca sebenar kejadian

Anak tampil beri penjelasan

Walau bagaimanapun, anak kepada pemandu Myvi itu, Syafiq Sidek tampil memberi penjelasan mengenai kejadian tersebut menerusi hantaran di laman Facebooknya.

“Saya anak kepada pemilik kereta myvi ini. Bagi pihak ibu, saya memohon seribu kemaafan kepada semua waris kubur yang telah rosak. Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas segala kerosakkan dan akan baik pulih kubur seperti asal.

Tular gambar Myvi terbabas atas kubur, anak pemandu tampil kongsi cerita punca sebenar kejadian

“Di sini saya ingin memberi penjelasan di atas kejadian ini. Sebenarnya ibu saya dlm keadaan hypo (kurang gula dlm darah) kerana mengidap kencing manis dan ibu saya sedang berpuasa hari ini.

“Ibu saya secara tiba-tiba tidak sedarkan diri dan tertekan pedal minyak ketika ingin pusingkan kereta (u-turn).

“Ibu saya masih dalam keadaan trauma dan bersedih di atas baru sahaja kehilangan suami tercinta akibat COVID-19,” katanya.

Ujar Syafiq, dia sangat berharap agar orang ramai tidak bersangka buruk terhadap kejadian yang berlaku itu. Bukan itu sahaja, dia meminta jasa baik semua pihak agar tidak terus menularkan gambar insiden berkenaan demi kesihatan emosi ibunya.

“Alhamdulillah ibu saya selamat dan tiada kecederaan. Saya memohon kemaafan sekali lagi.”

Sumber: Syafiq Sidek



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan