Baharu sahaja kecoh berita Rayan jatuh perigi, kini adik Haidar pula alami nasib sama. Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terjatuh dalam lubang perigi di selatan Afghanistan sejak Selasa lalu.
Selepas tular kisah adik Rayan jatuh perigi, kini adik Haidar pula alami nasib sama di Afghanistan |
Mangsa dikenali sebagai Haidar dilaporkan terperangkap dalam lubang di perkampungan Shokok di wilayah Zabul.
Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik dalam media sosial, Haidar dilihat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.
Perigi tersebut mempunyai kedalaman 24 meter dan Haidar tersangkut pada batu di kedalaman 10 meter.
Sementara itu, Setiausaha Timbalan Perdana Menteri Afghanistan, Abdullah Azzam menerusi Twitter rasmi beliau memaklumkan Haidar tersangkut di celah bawah batu dan usaha mengeluarkan mangsa giat dijalankan.
Operasi menyelamat itu dilakukan kira-kira dua minggu selepas insiden serupa menimpa Rayan Awram, budak lelaki berusia lima tahun yang jatuh dan terperangkap lebih empat hari dalam perigi sedalam 32 meter di Maghribi.
Menyorot kembali tragedi ini, tangisan kanak-kanak itu sayup kedengaran ketika bercakap dengan bapanya di dalam perigi tersebut.
Rakaman perbualan tersebut diperoleh pasukan penyelamat selepas menurunkan kamera ke dalam perigi.
Adik Haidar |
Pada mulanya, Haidar terjatuh sehingga dasar perigi sebelum berjaya ditarik sehingga kedalaman 10 meter sebelum tersangkut.
“Dengan dukacita ingin dimaklumkan Haidar sudah meninggalkan kita semua,” kata penasihat Kementerian Dalam Negeri, Anas Haqqani.
Terdahulu, pasukan keselamatan berusaha menurunkan makanan dan minuman kepada Haidar, selain ambulans, tabung oksigen dan kelengkapan lain turut disediakan di lokasi kejadian.
Operasi menyelamat itu dilakukan kira-kira dua minggu selepas insiden serupa menimpa Rayan Awram, budak lelaki berusia lima tahun yang jatuh dan terperangkap lebih empat hari dalam perigi sedalam 32 meter di Maghribi.
0 Ulasan