Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Timang cahaya mata ke-3, Nubhan Ahmad buat kejutan, hadiahkan sesuatu yang diimpikan isteri

PENYANYI yang kini bergelar usahawan, Nubhan Ahmad sememangnya tak lokek berkongsi momen-momen kebersamaan dengan keluarga di media sosial untuk tatapan peminat.

Timang cahaya mata ke-3, Nubhan Ahmad buat kejutan hadiahkan isteri klinik gigi sendiri
Timang cahaya mata ke-3, Nubhan Ahmad buat kejutan hadiahkan isteri klinik gigi sendiri

Sekitar pertengahan bulan lalu, Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan bin Haji Ahamad, 35 baru sahaja menimang cahaya mata ketiga selepas isteri tersayang, Afifah Tawfek selamat melahirkan anak perempuan.

Disebabkan rasa syukur serta terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri kerana sudi bersusah payah mengandungkan dan melahirkan zuriatnya, Nubhan telah memberi kejutan buat Afifah dengan menghadiahkan sebuah klinik pergigian buat wanita istimewa dihatinya itu.

Nubhan Ahmad buat kejutan hadiahkan isteri klinik gigi sendiri

Hal tersebut dikongsikan sendiri bekas peserta Akademik Fantasia berkenaan di ruangan Instagramnya pagi tadi.

Menurut Nubhan, klinik tersebut merupakan impian isterinya memandangkan dia merupakan seorang pegawai pergigian sebelum ini namun meninggalkan kerjaya tersebut sekitar tahun 2020 demi menguruskan rumah tangga dan perniagaan bersama suami.

Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat Afifah yang masih lagi dalam pantang begitu terkejut kerana ramai kenalan yang menanti di dalam kliniknya termasuklah penyanyi terkenal, Siti Nordiana.

kejutan TERBESAR utk wife sempena melahirkan baby ke 3

Sehubungan dengan itu, Nubhan menzahirkan rasa gembira kerana berjaya merealisasikan impian isteri tersayang dan mengajak orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan di klinik tersebut.

Untuk makluman, Nubhan dan Afifah telah mendirikan rumah tangga sekitar tujuh tahun dan sudah menimang tiga orang cahaya mata terdiri dari dua orang perempuan dan seorang lelaki.

Sumber: Instagram nubhan.ahamad


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan