LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sedang menyiasat dakwaan lebih 10 lelaki bersenjata dipercayai warga Filipina menyusup masuk ke Lahad Datu di sini melalui perairan Tambisan.
Anggota ESSCom sedang membuat pemantauan keselamatan di pantai perairan Sabah |
Komander Esscom Timbalan Comm Hamzah Ahmad, ketika dihubungi Bernama, berkata perkara itu masih dalam siasatan.
“Ketika ini, keadaan di Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZone) dalam keadaan baik dan terkawal,” katanya ringkas menerusi Whatsapp pada Khamis (3 Feb).
Menurut sumber, seorang lelaki mendakwa melihat lebih 10 individu mencurigakan, bersenjata dan berpakaian penyamaran, memasuki Sabah melalui perairan Long Patau di Tambisan minggu lalu.
“Petugas keselamatan sentiasa bersiap sedia 24 jam bagi mengawal keselamatan daripada sebarang bentuk pencerobohan anasir luar,” kata Hamzah Ahmad.
Tambah Hamzah, usah sesekali mencetuskan perkara tidak diingini kerana PDRM akan mempertahankan negeri tersebut sehingga ke titisan akhir.
“Kita membuat kawalan 100 peratus dan dia (Abu Sayyaf) usah berani cabar kita.
“Kita akan pertahankan Sabah sehingga ke titisan akhir,” kata beliau lagi.
Menurut sumber, seorang lelaki mendakwa terlihat 10 individu yang mencurigakan, lengkap dengan pakaian celoreng dan bersenjata sedang menyusup masuk ke Sabah menerusi perairan Long Patau di Tambisan pada minggu lalu.
Tambah lelaki itu lagi, dia mempercayai kesemua mereka bukan warga tempatan sebaliknya warga Filipina disebabkan perbualan mereka yang menggunakan bahasa Suluk.
Lelaki itu turut mendakwa kesemua lelaki itu dipercayai warga Filipina berdasarkan perbualan mereka dalam bahasa Suluk.- Bernama
0 Ulasan