Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Sayang, Emma cantik sangat² untuk ditayang...” – netizen doakan Emma kembali berhijab

Perkongsian momen bahagia percutian pelakon Emma Maembong bersama keluarga kecilnya di luar negara menerusi Instagram nampaknya bertukar menjadi ruang perdebatan peminat mempersoalkan penampilannya yang tidak berhijab.

“Sayang, Emma cantik sangat² untuk ditayang...” – netizen doakan Emma Maembong kembali bertudung
“Sayang, Emma cantik sangat² untuk ditayang...” – netizen doakan Emma Maembong kembali bertudung

Melihat imej Emma yang masih memakai pakaian tidak menutup aurat, ramai netizen berdoa agar pintu hati pelakon itu kembali kepada fitrah wanita Islam.

Di sebalik keghairahan ramai yang mendoakan agar pemilik nama lengkap, Fatimah Rohani Ismail itu kembali menyarung imej muslimah, tidak kurang juga, ada dalam kalangan mereka yang mula menabur komen-komen berunsur kecaman.

“Harap selepas ini apabila Emma bertudung, biarlah dengan ilmu supaya tak buka (tudung) lagi.

“Sayang, Emma cantik sangat-sangat untuk ditayang. Semoga berusaha mencari ilmu agar Allah hadiahkan hidayah,” coret seorang netizen dalam ruangan komen dalam satu untaian muat naik foto Emma yang dimuat naik dalam Instagram.

Dalam pada itu, seorang netizen lain mempersoalkan selepas bergelar ibu, Emma sepatutnya lebih cakna soal aurat seorang muslimah.

“Dah jadi ibu sepatutnya lagi berubah ke arah lebih baik, bersopan bertudung macam dahulu.


“Suami tak tegur ke tak takut ke nak kena tanggung dosa isteri tunjuk aurat,” ciap netizen berkenaan.

Baru-baru ini, pelakon drama rantaian I Promise Janji Anaqi itu bercuti bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar dan anak mereka, Shariq Gabriel di Dubai dan Switzerland.

Terdahulu, Emma, 30, pada hujung Januari 2019 membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung selepas lima tahun berhijab.

Emma berkahwin dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada November 2020. – Kosmo Online



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan