SEBANYAK 9,117 kes baru Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini, menjadikan jumlah terkumpul jangkitan wabak berkenaan adalah sebanyak 2,904,131 kes.
| Seorang pekerja perubatan mengambil sampel swab daripada seorang wanita di Kajang, Malaysia, untuk ujian Covid-19. Foto: Xinhua |
Kes baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam tempoh 120 hari iaitu sejak 8 Oktober lalu.
Kementerian Kesihatan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri sehari lebih lewat menerusi portal CovidNow.
Pecahan kes baru Covid-19 mengikut negeri untuk semalam (Feb 4) di mana 7,234 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:
- Selangor (1,987)
- Sabah (909)
- Johor (757)
- Kedah (751)
- Kuala Lumpur (709)
- Pulau Pinang (360)
- Kelantan (355)
- Negeri Sembilan (337)
- Pahang (331)
- Melaka (252)
- Perak (208)
- Terengganu (116)
- Putrajaya (76)
- Perlis (52)
- Sarawak (22)
0 Ulasan