Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Sudah dua tahun bergelut dengan pandemik, Pakar jawab kenapa ada orang tak dijangkiti COVID-19

PANDEMIK Covid-19 telah menjejaskan setiap aspek kehidupan kita sejak beberapa tahun lalu kerana banyak sekatan dan SOP yang perlu dipatuhi. Kini, sudah genap dua tahun kita bergelut melawan pandemik COVID-19. Pelbagai cabaran dan dugaan yang telah kita tempuhi di sepanjang tempoh ini.

Adakah anda berjaya mengelak daripada dijangkiti Covid-19?
Adakah anda berjaya mengelak daripada dijangkiti Covid-19?

Namun, wabak panyakit ini masih lagi menjadi kebimbangan di negara kita dan nampaknya masih belum ada kesudahannya dengan kehadiran varian Omicron. Lebih membimbangkan, ada pula yang positif COVID untuk kali kedua!

Pernah dengarkah dakwaan bahawa virus COVID-19 ini akan dianggap menjadi seperti selsema biasa? Mungkin dalam kalangan kita mesti sehingga kini belum pernah dijangkiti COVID-19 (sama ada tidak pernah melakukan ujian saringan).

Kenapa ada orang tak dijangkiti COVID-19?

Tiada alasan kukuh yang boleh membuktikan seseorang itu kalis jangkitan COVID-19, walaupun mereka terdedah dengan virus itu, termasuk kerana menjadi kontak rapat.

Namun, penyelidikan terbaharu yang dijalankan Universiti Kolej London (UCL) boleh merungkai persoalan ini.

Menurut Pakar Imunologi UCL, Leo Swadling, sesetengah orang tidak dijangkiti COVID-19 mungkin disebabkan tindak balas sel-T iaitu sel darah putih dalam tubuh yang membantu melawan jangkitan.

Penyelidikan sejak November tahun lalu itu mencadangkan sel-T ‘memori’ yang mungkin terhasil pada sesetengah orang ketika melawan selesema diaktifkan apabila virus COVID-19 memasuki tubuh.

Keadaan ini berupaya ‘membersihkan’ virus daripada badan sebelum berpeluang menyebabkan sebarang kerosakan pada tubuh.

Ini bermakna virus tidak kekal lama dalam badan sehingga menyebabkan sebarang gejala atau mencipta antibodi membolehkan ujian calitan menjadi negatif.

“Setiap orang mempunyai bukti bagaimana dia terdedah kepada virus itu tetapi tidak terkesan,” katanya.

Mereka ini berjaya mengelakkan daripada jangkitan sepenuhnya dengan cara ‘membersihkan’ virus itu secara semula jadi sebelum ia dapat dikesan oleh ujian rutin.

Persoalan ini dirungkaikan menerusi kajian yang dijalankan terhadap 731 pekerja penjagaan kesihatan ketika gelombang pertama pandemik dan keputusan menunjukkan 58 pekerja tidak dijangkiti COVID-19, walaupun berada dalam persekitaran berisiko tinggi.

Apa pun, kita masih perlu patuhi SOP dengan menjaga kebersihan diri dan amalkan pemakanan sihat untuk menguatkan imuniti badan.

Sumber: Metro UK


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan