Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Lebih 50 penduduk awam maut ditetak dan dilibas dengan parang oleh kumpulan militia di Congo

BENI: Lebih 50 penduduk awam maut ditetak dan dilibas dengan parang oleh kumpulan militia dalam satu serangan di kem pelarian di timur Republik Demokratik Congo.

Lebih 50 penduduk awam maut ditetak dan dilibas dengan parang oleh kumpulan militia
Lebih 50 penduduk awam maut ditetak dan dilibas dengan parang oleh kumpulan militia

Menurut sumber kumpulan misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Monusco, seramai 52 orang terbunuh dengan sebahagiannya merupakan kanak-kanak dan 36 lagi cedera.

Kerajaan Congo turut mengesahkan ‘kira-kira 50 orang’ maut dalam serangan berdarah itu.


Jurucakap tentera di wilayah Ituri, Leftenan Jules Ngongo berkata, jumlah kematian mulanya direkodkan sebanyak 21 orang sebelum terus bertambah dari semasa ke semasa.

“Insiden yang berlaku amat dahsyat, orang awam yang tidak berdosa menjadi mangsa dan ini merupakan jenayah berat,” katanya.

Badan pemantau yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Kivu Security Tracker (KST), kumpulan militia yang dikenali sebagai Codeco itu didakwa membawa senjata tajam berupa parang ketika melakukan serangan.

Kementerian Komunikasi Congo memaklumkan, pasukann tentera berjaya ‘meredakan’ serangan itu yang berlaku di kawasan Djungu berhampiran Tasik Albert.

Kawasan itu sering menyaksikan pertikaian antara dua komuniti iaitu Lendu dan Hema dengan Codeco didakwa menyokong Lendu.


Sejak 2017, Codeco didakwa melancarkan banyak serangan sehingga menyebabkan ratusan kematian dan lebih 1.5 juta penduduk melarikan diri.

Sementara itu, beberapa saksi di lokasi kejadian memberitahu, kebanyakan penduduk ditetak pada leher dengan golongan wanita paling banyak menjadi korban.

Sumber: Utusan Digital



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan