Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Isu Vaksin, Menteri Kesihatan failkan saman fitnah terhadap Lokman Adam dan Ustaz Abu Syafiq

MENTERI Kesihatan Khairy Jamaluddin (KJ) memfailkan saman fitnah terhadap bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam dan penceramah bebas, Ustaz Abu Syafiq berhubung vaksin Covid-19.

Isu Vaksin, Menteri Kesihatan failkan saman fitnah terhadap Lokman Adam dan Ustaz Abu Syafiq
Isu Vaksin, Menteri Kesihatan failkan saman fitnah terhadap Lokman Adam dan Ustaz Abu Syafiq

KJ selaku plaintif difahamkan telah memfailkan dua saman tersebut atas kapasiti peribadi menerusi Tetuan Rashid Zulkifli di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari lalu dengan menamakan Lokman dan Ustaz Abu Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Rasyik Mohd Alwi masing-masing sebagai defendan.

Menurut laporan BH, saman itu dilakukan KJ susulan penulisan vaksin Covid-19 dan dos penggalak yang berbaur fitnah di media sosial yang dilakukan kedua-dua mereka yang menurutnya akan mengganggu usaha Kementerian Kesihatan (KKM) serta kerajaan dalam perjuangan menentang wabak itu.


Selain itu, ia juga menjejaskan tindak balas masyarakat terhadap pandemik dan menjejaskan data serta fakta rasmi yang diberikan KKM kepada orang ramai.

Saman terhadap Lokman Adam

Berdasarkan pernyataan tuntutan, KJ berkata Lokman telah memfitnahnya dengan membuat:

1: Dua kenyataan serta memuat naik gambar di Facebook ‘Lokman Noor Adam Official’ pada 6 Januari lalu

2: Kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook dan YouTube Lokman Adam pada 10 Januari.

Saman terhadap Abu Syafik

Manakala bagi Abu Syafiq pula, KJ berkata pendakwah tersebut telah membuat 4 kenyataan fitnah di Instagram ‘Ustaz Abu Syafiq’ merangkumi :

- 3 video

- 1 gambar

Kesemua kenyataan ini difahamkan telah dimuat naik Abu Syafiq pada 20 Oktober 2021 serta 6 dan 10 Januari 2022.

Menurut KJ, kenyataan fitnah membawa maksud yang beliau berbohong dan menipu orang ramai dengan mendakwa sudah diberi vaksin COVID-19 dan sudah menerima dos ketiga serta memalsukan maklumat berkenaan status vaksinasi.

Tuntutan ganti rugi

KJ difahamkan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah supaya status dipertikaikan dipadam berserta permohonan maaf di media sosial selain relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff dan mahkamah menetapkan 17 Februari ini untuk mendengar injunksi inter-parte (kedua-dua belah pihak) kes saman tersebut.


Abu Syafiq mohon maaf

Ustaz Abu Syafiq menerusi satu perkongsian di Instagram bagaimanapun dilihat memuat naik satu permohonan maaf kepada KJ sebentar tadi.

“KJ, Saya minta maaf banyak-banyak, maaf saya ya. Saya akan buang semua video dan posting saya pasal Abang KJ tu. Usahlah Abang KJ bersedih,” tulis Abu Syafiq.

Namun dia pada penghujung kenyataan tersebut menitipkan satu pesanan kepada orang ramai yang berbunyi : “Jangan ‘sembah’ vaksin usah pertuhankan WHO”.


Namun, tidak dapat dipastikan adalah kenyataan ini benar-benar satu permohonaan maaf atau lebih kepada reaksi sinisnya selepas isu saman tersebut dilaporkan media tempatan.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan