Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Langgar SOP, Khairy Jamaluddin arah pegawai KKM kompoun tiga pemimpin BN

JOHOR BAHRU : Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan tiga pemimpin Barisan Nasional (BN) yang hadir ke pelancaran Briged MIC yang sedang berlangsung, dikompaun kerana melanggar prosedur standard operasi (SOP).

Langgar SOP, Khairy arah pegawai KKM  kompoun tiga pemimpin BN

Menterinya, Khairy Jamaluddin, mengarahkan pegawai KKM Putrajaya mengeluarkan kompaun itu terhadap Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran; Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

“Saya telah mengarahkan pegawai KKM Putrajaya untuk keluarkan kompauan kepada Datuk Seri Hishammuddin, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Tan Sri SA Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir dan penganjur bawah Akta 342.

“KKM akan terus pantau SOP sempena PRN Johor,” katanya dalam ciapan di akaun Twitternya, hari ini.

Ketika ini, program pelancaran Briged MIC Negeri Johor yang diadakan di Stadium Tertutup Educity, Iskandar Puteri, masih berlangsung dengan Hasni yang juga Ketua Penyelaras PRN Johor, sedang memberi ucapan, sekali gus melancarkan program itu.

Kira-kira 3,000 ahli MIC hadir pada program berkenaan.

Dalam pada itu, Hasni yang dimaklumkan mengenai tindakan kompaun itu ketika berucap sempat memaklumkan hadirin ‘kita dikompaun Tan Sri’ (Tan Sri SA Vigneswaran).

-Berita Harian


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan