“Tak reti hormat masjid ke?..” Netizen kecam remaja buat ‛content’ terkinja-kinja latar belakang masjid |
Lebih menjadi perhatian, apabila rakaman tersebut dibuat berlatarkan sebuah masjid yang dianggap tempat suci tetapi dicemarkan dengan konten generasi muda yang kurang sensitif dengan keadaan sekeliling.
Sementara itu, ramai yang men1ngg4lkan pelbagai reaksi dan kecaman terhadap prilaku kurang sopan itu.
“Ilmu kurang tak apa, adab kena jaga,” kata @Gamat .
“Aku cuma agak sed1h, depan masjid mereka buat gurau macam itu,” ujar @Pie.
Selain itu, ada juga pengguna yang memohon agar mereka ini segera bertaubat dan kembali ke jalan Allah.
“Tuan, puan, dah tengok berita berlaku puting beliung di Perak? ini antara kenapa terjadinya musibah, bertaubatlah,” ujar @CEO TRADING FX.
“Minta maaf pada Allah, bertaubatlah,” luah @user6095.
@mirulbae_ syha buat promosi tahun baru cina 😂❤️ #fypシ #viral ♬ original sound - mirulxsyd_ 🦟
Tampil beri penjelasan
Dalam pada itu, video terbaru yang dimuat naik oleh pemilik akaun yang sama menyaksikan permohonan maaf daripada sekumpulan remaja tersebut dan akui tindakan yang dilakukan telah menyinggung perasaan banyak pihak. Video mohon maaf@mirulbae_ Reply to @dakwan15 mintak maaf nah kosong kosong 🥺❤️ #fyp #viral ♬ original sound - mirulxsyd_ 🦟
Menerusi rakaman tersebut juga, mereka menjelaskan bahawa video itu diambil di sebuah dataran rekreasi yang kebetulan berada di hadapan masjid.
Sumber – Kosmo Online
0 Ulasan