KELUARGA mana saja yang tidak akan rasa sedih dan berduka jika ahli keluarganya terutama sekali jika ibu bapa pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya dan pelbagai cara untuk meluahkan perasaan sedih itu.
Salah satunya adalah dengan meluahkan rasa sedih di media sosial, tetapi tindakan tiga beradik ini yang dipercayai membuat rakaman di sebelah jenazah bapa mereka mendapat kecaman dari orang ramai.
Video yang berdurasi 18 saat itu menunjukkan satu trend dimana mereka perlu membuat ‘sebelum dan selepas’ yang menjadi ikutan orang ramai ketika ini.
Tangkap layar video mengikut trend media sosial 'sebelum dan selepas'. |
Difahamkan melalui laporan pihak mStar, arwah bapa mereka menghidap kanser tahap empat dan sebelum ini sering menjalani rawatan kimoterapi.
Video terbabit telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet dan rata-rata mempunyai pandangan yang sama, dimana mereka merasakan tiga beradik membuat trend tersebut atas pemergian bapa adalah tidak sensitif.
Sedar diri mereka dikecam ramai, video terbabit telah pun dipadam dalam akaun TikTok mereka dan dimuat naik semula oleh pihak mStar di Instagram, namun setelah beberapa jam, video itu juga dipadam dari laman Instagram mStar.
Sebelum ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah memberi penjelasan berhubung dengan video-video merakam orang meninggal dunia dan menurutnya, hal tersebut tidak sepatutnya dilakukan bagi seseorang muslim.
0 Ulasan