Sebanyak 21,072 kes baharu COVID-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini. Kes kumulatif kini berjumlah 3,040,235.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan sehingga kini sejumlah 3,040,235 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.
Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.
Memperincikan mengenai kes hari ini, Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes yang dikesan itu, sebanyak 71.14 peratus atau 14,991 kes adalah pesakit COVID-19 dalam Kategori Dua iaitu bergejala ringan.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Feb 12) di mana 22,802 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:
- Selangor (6,136)
- Sabah (4,107)
- Johor (3,238)
- Kedah (1,629)
- Pulau Pinang (1,574)
- Kelantan (1,274)
- Pahang (1,063)
- Kuala Lumpur (1,043)
- Negeri Sembilan (731)
- Melaka (656)
- Perak (503)
- Terengganu (270)
- Sarawak (186)
- Perlis (139)
- Labuan (129)
- Putrajaya (124)
0 Ulasan