Pegawai menarik seorang juruterbang di saat-saat kecemasan sebelum sebuah kereta api merempuh pesawat yang jatuh pada hari Ahad di Pacoima, California. |
Video cukup dramatik menyebabkan serpihan pesawat berterbangan ke semua arah yang diperoleh Reuters itu menunjukkan beberapa pegawai membebaskan seorang lelaki dari pesawat yang jatuh terhempas sejurus berlepas di Pacoima.
Menurut media tempatan, pegawai dan juruterbang hanya berada kurang satu meter dari landasan apabila kereta api yang lalu melanggar dan memusnahkan pesawat itu.
Komposer muzik berusia 21 tahun, Luis Jimenez, yang merakam video berkenaan, berkata pesawat itu gagal berlepas dan mendarat di landasan kereta api di persimpangan itu. Saksikan video di bawah:
“Hanya beberapa saat sebelum pelanggaran itu berlaku, pegawai polis berjaya menyelamatkan juruterbang Cessna itu dan serpihan hampir terkena saya,” katanya.
Media tempatan melaporkan, juruterbang itu dirawat selepas mengalami luka dan lebam tetapi berada dalam keadaan stabil.
Rakaman video di Twitter oleh Jabatan Polis Los Angeles di pautan LAPD Twitter menunjukkan rakaman kamera badan pegawai, yang sedang menarik juruterbang dalam keadaan berdarah dari pesawat.
Jabatan itu memuji pegawainya melalui ciapan Twitter, sebagai ‘mempamerkan keberanian dan tindakan pantas’ kerana menyelamatkan nyawa seorang juruterbang yang melakukan pendaratan cemas di landasan kereta api. – AGENSI
0 Ulasan