Ekin tertekan diasak pertanyaaan, rumah tangga goyah kerana tak hadir pelancaran filem Mawi? |
Ramai yang menghantar pesanan bertanyakan keadaan Ekin seolah-olah mahligai yang dibina bersama Mawi itu sedang dilanda masalah.
"Terima kasih kepada yang sudah bertanya sama ada saya okey atau pun tidak. Apa yang membuatkan saya stress adalah soalan yang mereka ajukan.
"Mereka tanya kenapa tak nampak saya di pelancaran itu. Adakah kerana rumah tangga ada masalah atau sudah tidak sefahaman atau bergaduh atau kerana kami sudah bercerai. Allahuakbar," katanya menerusi Instagram.
Menjawab segala persoalan, isteri kepada penyanyi dan penyampai radio itu menjelaskan mereka berada di Johor Bahru sedang menjalani kuarantin.
"Anak-anak positif Covid-19 dan kami 'terperangkap" di Johor Bahru. Sudahlah stress menjaga anak-anak yang meragam sakit, tetapi majlis yang sudah dirancang itu perlu diteruskan juga.
"Bila kata fitnah datang, sesukanya bercakap tanpa siasat, lagi tambah tertekan. Saya mohon, kepada yang bertanya seperti itu, berhentilah kerana ia menyebabkan saya stres," katanya.
Ekin dan Mawi mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cahaya Malaika.
0 Ulasan