Heboh nak taja Yassin buat gigi baru, Dato' Seri Vida dikecam, tumpang populariti artis |
Menerusi komen yang ditulis di hantaran Instagram Gempak pada Sabtu, Vida mahu Yassin lebih yakin dengan memiliki sebaris gigi yang cantik.
“Saya nak taja gigi Yassin. Sayang muda-muda tak ada gigi, isteri lawa.
“Saya bukan nak tumpang populariti pun. Yakin, lepas ni Yassin handsome ada gigi penuh,” luah Vida.
Namun dalam diihimpit kecaman, Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman, 51, turut menuai pujian atas hasrat murninya tersebut.
“Datuk sungguh berhati mula, suka membantu dan banyak bersedekah. Jangan peduli apa orang cakap janji Datuk gembira dan semakin kaya.
“Inilah cara dan identiti Datuk yang tidak ada pada orang lain. Adatlah kan. Ada yang suka ada yang tidak,” tulis warganet. – K! ONLINE
Yassin terdahulu mengulas mengenai situasi isterinya yang tular dan menjadi perhatian ramai menerusi akaun TikTok.
Bagaimanapun, hasrat Vida itu mendapat kecaman netizen yang menganggap pelantun lagu I Am Me itu sengaja mahu menumpang kisah Yassin.
“Alang-alang jumpa terus, atau DM.
“Boleh DM terus kan Datuk, tak payah bagitahu semua orang kat sini.
“Asal ada cerita artis, mulalah masuk daun. Apo?
“DSV kalau pakai braces mesti lepas ni lagi cantik. Tak nampak rahang besar sangat. Macam muda 10 tahun,” saran beberapa pengguna.
Namun, ada juga yang memuji hasrat murni Vida itu.
“Datuk sungguh berhati mula, suka membantu dan banyak bersedekah. Jangan peduli apa orang cakap janji Datuk happy dan semakin kaya.
“Hebat Datuk. Inilah cara dan identiti Datuk yang tidak ada pada orang lain. Adatlah kan. Ada yang suka ada yang tidak,” tulis beberapa warganet lain.
0 Ulasan