Menang RM120K saman fitnah, terbukti Ustaz Abu Syafiq tidak pernah kafirkan Ebit Lew |
Pada bulan Jun 2021, Abu Syafiq telah mendapat maklumat tentang dua akaun palsu di Facebook yag digunakan untuk membuat kenyataan berbaur fitnah dan memberi gambaran kepada orang awam bahawa semua kenyataan itu dikeluarkan oleh beliau.
Disebabkan itu, Abu Syafiq telah memfailkan saman fitnah dan hasil siasatan mendapati kenyataan yang dkeluarkan benar fitnah. Mahkamah Sesyen Kuantan kemudian mengarahkan seorang eksekutif kaunselor, Hamidah Rapaee membayar pampasan RM100,000 dan ganti rugi teladan RM20,000 kepada Abu Syafiq.
Hamidah turut dilarang mengulangai perkataan fitnah dalam mana-mana penerbitan atau penyiaran.
Salah seorang peguam Abu Syafiq iaitu Nurul Hafidzah Hassan memaklumkan defendan turut diarahkan untuk menulis dan menyiarkan permohonan maaf kepada Abu Syafiq di Facebook dan YouTube bagi membersihkan nama orang difitnah.Saman sivil tersebut terpaksa diambil oleh Abu Syafiq bagi membersihkan namanya setelah percubaanya untuk menyelesaikan krisis tersebut secara baik, tanpa melibatkan proses mahkamah gagal apabila defendan enggan memadam fitnah yang telah dimuatnaik di akaun media sosial beliau dan enggan meminta maaf.
Terbukti Abu Syafiq tak pernah kafirkan Ebit Lew
Keputusan kes saman sivil tersebut merupakan bukti kukus yang mahkamah bersetuju dengan hujahan-hujahan peguam Abu Syafiq yang laman Facebook beliau telah digodam dan beliau tidak pernah mengkafirkan seorang pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew. – Kata peguam Abu Syafiq.Semoga keputusan ini dapat membuka mata ramai pihak untuk berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan mahupun berkongsi maklumat yang tidak pasti kesahihannya.
Kredit: Sinar Harian
0 Ulasan