Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Daerah Segamat paling teruk terjejas, lebih 5000 mangsa banjir di Johor

Situasi banjir di Johor dilaporkan semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) melonjak kepada lebih 5,000 orang.

Anggota APM, tentera dan bomba bersama dalam operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa banjir di Kampung Jemari ke PPS Politeknik Mersing, petang semalam. (Gambar APM Johor)
Anggota APM, tentera dan bomba bersama dalam operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa banjir di Kampung Jemari ke PPS Politeknik Mersing, petang semalam. (Gambar APM Johor)


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah mangsa banjir di negeri itu melonjak kepada 5,442 mangsa daripada 1,476 keluarga di 78 PPS setakat 4 pagi tadi.

Katanya, ini berbanding hanya 4,865 mangsa daripada 1,328 keluarga di 73 PPS daripada semua tujuh daerah terjejas, setakat jam 12 tengah malam tadi.

Beliau berkata, Segamat terus menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 3,988 orang daripada 1,086 keluarga dipindahkan ke 52 PPS awal pagi ini berbanding 3,632 orang daripada 990 keluarga tengah malam tadi.

“Sebanyak 78 PPS kini dibuka di Johor dengan Segamat paling banyak, iaitu 52, diikuti Tangkak (10), Mersing (tujuh); Kota Tinggi, Muar dan Batu Pahat (masing-masing tiga), dan Muar dengan sebuah PPS,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Vidyananthan berkata lima sungai di Johor berada pada paras bahaya, manakala dua lagi iaitu Sungai Kesang di Tangkak dan sungai di Kampung Sri Pandan, Johor Bahru dikategorikan berada pada paras amaran, setakat 4 pagi tadi.


Beliau berkata, lima sungai berkenaan ialah Sungai Muar di Kampung Awat dan Buloh Kasap, Segamat; Sungai Segamat, Sungai Kesang di Kampung Seri Maamor, Tangkak serta dan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat.

“Lapan laluan di Segamat ditutup kepada semua kenderaan selepas dinaiki air banjir, manakala tiga laluan di Segamat dan satu di Kota Tinggi hanya dibuka untuk kenderaan berat sahaja,” katanya.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka melawat ke PPS di daerah Segamat jam 11 pagi ini, sebelum ke PPS di Melaka pada sebelah petang.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan