Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Cinta sampai ke mati, pengantin sanggup bergambar dalam keranda demi abadikan kisah cinta

CINTA sampai ke mati, pasangan pengantin sanggup bergambar dalam keranda demi abadikan kisah cinta mereka. Ituah ragam tular yang dilakukan oleh pasangan pengantin dari Thailand. Setiap pasangan kekasih yang bercinta, pasti mengimpikan rumah tangga yang bakal dibina berkekalan hingga ke jannah.

Cinta sampai ke mati, pengantin sanggup bergambar dalam keranda demi abadikan kisah cinta
Cinta sampai ke mati, pengantin sanggup bergambar dalam keranda demi abadikan kisah cinta

Tidak kurang juga trend sesi penggambaran foto praperkahwinan sebelum majlis nikah atau resepsi semakin mendapat tempat dalam kalangan bakal pengantin.

Mana tidaknya, mereka seboleh-bolehnya mahu merakam momen indah sebelum meniti alam rumah tangga. Malah, tema yang dibawakan juga kadang-kadang tidak masuk akal.

Perkongsian seorang pengguna Facebook, Nonts Kongchaw yang merupakan seorang rakyat Thailand mengenai foto praperkahwinannya baru-baru ini membuatkan ramai netizen tergamam.

Mana tidaknya, lokasi penggambaran dibuat bukannya di tepi pantai, taman bunga atau sawah padi, tetapi di sebuah tanah perkuburan di Kamphaeng Saen, Thailand!

Sesi photoshoot tersebut mengikut budaya masyarakat di sana dan memperlihatkan bahawa percintaan mereka bertemakan 'Love Beyond Death' hingga ke liang lahad.

Setiap bidikan kamera bermula daripada keranda sebagai prop, kemudian di tempat pembakaran mayat dan akhirnya di dalam tanah kubur.

Pun begitu, agak menyeramkan apabila pemuda itu berkongsikan satu foto dan menanyakan siapakah entiti yang menyerupai lelaki tua memandang ke arah mereka ketika sesi penggambaran berlangsung?

"Siapa pak cik itu? Kenapa dia memandang tajam ke arah saya? Hahaha..Pak cik, adakah awak takut kepada hantu? Ini ialah sebuah hutan lama," tulis bakal pengantin itu.

Aduhai seram pula jadinya apabila sosok tubuh tersebut jelas kelihatan di sebalik gambar mereka yang sedang bergambar.

Foto yang dibulatkan dengan warna merah di atas nampaknya menerima reaksi luar biasa daripada netizen
Menyeramkan!.. Foto yang dibulatkan dengan warna merah di atas nampaknya menerima reaksi luar biasa daripada netizen

Foto yang dibulatkan dengan warna merah di atas nampaknya menerima reaksi luar biasa daripada pengguna Facebook apabila menerima 591 perkongsian dan 587 komen.

Rata-rata netizen nampaknya tidak kisah mengenai tema praperkahwinan tersebut, namun terdapat juga komen yang tidak bersetuju dengan cara ekstrem tersebut.

Pun begitu, sesi photoshoot itu sebenarnya sekadar suka-suka memandangkan Nonts amat meminati konsep seram seperti keranda, tanah kubur dan sebagainya.

Ini pula kisah duka di hari bahagia

[Video] Air mata pilu di hari bahagia, ayah pengantin “pergi” sebaik selesai akad nikah
Malah, beberapa foto sambutan hari jadinya baru-baru ini juga dihiasi dengan keranda gergasi dan kek dengan bentuk mayat seperti mumia.

foto sambutan hari jadinya baru-baru ini juga dihiasi dengan keranda gergasi
Foto sambutan hari jadinya juga dihiasi dengan keranda gergasi dan kek mumia

Tidak dinafikan, banyak lagi kisah praperkahwinan yang tular di media sosial yang konon-kononnya tidak mahu ketinggalan dengan isu semasa.

Kisah pasangan kekasih di Filipina misalnya, mereka mengabdikan percintaan dengan berkonsepkan drama popular, Money Hiest.


Baca juga kisah pengantin solo di Indonesia:

Wanita teruskan bersanding sendirian, ditinggal bakal suami di majlis perkahwinan
Siap prop pistol dan wang kertas berterbangan menjadi latar belakang gambar 'Bank of Spain'. Memang nampak real!

Agak menarik kerana foto epik berkenaan diambil di Kuil Leah di Cebu, Filipina tersebut memang cantik dan lain daripada lain.

Ini pula kisah tular pengantin Malaysia pada musim banjir lepas

Pengantin tak tangguh photoshoot, rela basah abadikan momen perkahwinan dalam banjir
Selamat pengantin baru diucapkan kepada pasangan yang baharu bernikah. Jika nak buat sesuatu yang unik di hari bahagia, janganlah sampai melanggar adat dan syariat agama. Semoga kekal sampai ke anak-cucu dah bahagia hingga ke jannah.

Sumber artikel: Sinarplus


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan