Bangunan terbakar: Dua remaja berjaya selamatkan diri turun melalui saluran paip |
Insiden itu berlaku pada awal pagi di 118 Avenue D di Manhattan.
Menurut Jabatan Bomba Bandar New York, kebakaran yang disebabkan oleh bateri litium-ion dari basikal elektrik telah membunuh seorang lelaki muda, manakala seorang lagi mangsa cedera parah.
Dalam video yang dikongsi oleh wartawan GoodNews, kedua-dua remaja itu dilihat dikelilingi awan abu ketika api menyambar bangunan itu.
Sementara itu seorang remaja dilihat berada di tingkap, memegang erat tiang dan menghulurkan tangan membantu remaja lain menyelamatkan diri menerusi tingkap.
0 Ulasan