Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Azam Baki fail saman fitnah RM10 juta terhadap aktivis Lalitha Kunaratnam

Aktivis, Lalitha Kunaratnam berdepan tuntutan saman fitnah berjumlah RM10 juta berikutan penerbitan sebuah artikel di portal agensi, pada 26 Oktober dan 15 Disember tahun lalu.

Azam Baki fail saman fitnah RM10 juta terhadap aktivis Lalitha Kunaratnam
Azam Baki fail saman fitnah RM10 juta terhadap aktivis Lalitha Kunaratnam

Dalam satu kenyataan, peguam cara, Megat Abdul Munir berkata, tuntutan saman fitnah itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mewakili anak guamnya, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki Katanya, artikel terbabit didraf, diterbit dan kemudian diterbitkan semula dengan niat jahat.

Malah menyifatkan artikel berkenaan sebagai sensasi, skandal, menjengkelkan dan menjelekkan beliau sehingga memberi kesan serta gambaran buruk kepada pembaca.

“Dalam erti kata lain, kenyataan fitnah artikel-artikel itu diterbit dan diterbitkan semula tanpa membuat sebarang pengesahan fakta secara terus atau memberi peluang kepada plaintif untuk mengemukakan maklum balas terlebih dahulu.

“Menerusi artikel berkenaan, defendan (Lalitha) memfitnah plaintif dengan membuat kesimpulan bahawa plaintif adalah seorang penjawat awam yang korup dan/atau menyalahgunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai tinggi SPRM bagi tujuan kepentingan beliau sendiri dan/atau adik-beradiknya,” kata beliau pada Rabu.


Katanya, tindakan Lalitha menerbit dan kemudian menerbitkan semula kenyataan media, Peguam Defendan juga didakwa satu cubaan bagi membuatkan plaintif ‘dibicarakan melalui media’ dan memenangi persepsi orang awam.

Keputusan mengemukakan saman fitnah itu, katanya dibuat selepas bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4) terbabit gagal memberi maklum balas terhadap surat tuntutan (LOD) bertarikh 6 Januari lalu.

Sementara itu, Azam turut menuntut perintah mahkamah supaya Lalitha memadam kenyataan atau artikel berkenaan dalam masa tiga hari dari tarikh penghakiman dan melalukan permohonan maaf secara terbuka.

Sumber : Astro Awani Online, Harian Metro


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan