Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum diarah bayar lebih RM3 bilion kepada bekas isteri

DUBAI – Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum diperintahkan oleh sebuah mahkamah Britain untuk membayar sebanyak AS$728 juta (RM3.06 bilion) kepada bekas isterinya, Puteri Haya bint al-Hussein, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum diarah bayar lebih RM3 bilion kepada bekas isteri
Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum diarah bayar lebih RM3 bilion kepada bekas isteri

Keputusan tersebut antara penyelesaian perceraian atau pembahagian harta sepencarian terbesar yang pernah diputuskan oleh mahkamah Britain.

Jumlah itu akan digunakan untuk membiayai kos keselamatan sepanjang hayat Puteri Haya dan juga kos penjagaan buat dua anak pasangan itu iaitu Al Jalila Bint Mohammed Bin Rashid Al Maktoum dan Sheikh Zayed Bin Mohammed Bin Rashid Al Maktoum.

Bayaran pendahuluan sebanyak AS$333 juta (RM1.4 juta) perlu dibayar dalam tempoh tiga bulan, demikian menurut mahkamah berkenaan.

Dalam penghakiman bertulis yang disiarkan kelmarin, Hakim Moor memutuskan bahawa ancaman terbesar yang dihadapi Puteri Haya dan anak-anaknya adalah daripada Sheikh Mohammed sendiri, bukan daripada anasir luar.

Keputusan itu dibuat merujuk kepada ugutan Sheikh Mohammed terhadap Puteri Haya, termasuk ‘kemampuan beliau menggunakan perisian perisikan Pegasus’ untuk mengintip Puteri Haya dan kakitangannya.

Puteri Haya bint al-Hussein
Puteri Haya binti Al-Hussein

Butiran lain mengenai kehidupan perkahwinan Sheikh Mohammed dan Puteri Haya didedahkan dalam penghakiman bertulis itu termasuk laporan bahawa wanita itu membayar wang kira-kira AS$8.8 juta (RM37.07 juta) kepada empat kakitangan keselamatannya.

Bayaran tersebut adalah wang peras ugut supaya mereka tidak mendedahkan hubungan sulit Puteri Haya dengan salah seorang daripada mereka.

Butiran lain yang didengar berhubung kes itu di mahkamah sebelum termasuk dakwaan Puteri Haya bahawa beliau telah menerima panggilan telefon berbentuk ancaman daripada Sheikh Mohammed yang menyebabkan beliau berasa takut.

Penyelesaian perceraian itu menandakan peringkat terakhir dalam pertelingkahan yang berlaku selama bertahun-tahun antara pasangan itu di mana mahkamah tinggi Britain memutuskan bahawa Sheikh Mohammed menggunakan ‘kekayaannya, kuasa politik dan pengaruh antarabangsa’ dalam cubaan untuk membuli dan mendiamkan bekas isterinya itu. – AGENSI


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan