Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Macam tak percaya...” Pokok keladi bernilai ratusan ribu sepokok ini tarik perhatian ramai

Berita baik peminat pokok keladi! Harga keladi jenis Alocasia New Guinea Gold mampu mencecah RM100,000 hingga RM200,000 sepokok! Pokok keladi ini juga mendapat jolokan Keladi emas 916 ekoran hargnya yang mahal.

“Macam tak percaya...” Pokok keladi bernilai ratusan ribu sepokok ini tarik perhatian ramai
Azizol Abdullah (tengah) bersama peniaga keladi, Abdul Halim Yusuf, 35 (kiri) dan Rosmawati Abdullah,55 (kanan) bersama keladi jenis Alocasia New Guinea Gold atau keladi Emas 916 yang mampu mencecah harga RM200,000 sepokok - Foto NSTP/Nor Amalina Alias

Peniaga Peniaga, Abdul Halim Yusuf, 35, ketika ditemui di Mini Fiesta Keladi Viral dan Flora di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung, Kota Bharu menjelaskan harga berkenaan berdasarkan kesenian yang ada pada keladi itu daripada segi bentuk ubi, lenggok dahan daun, warna yang lebih menyerlah, corak daun dan saiz keladi.

Pokok keladi ‘mewah’ ini dikatakan boleh mencecah ketinggian sehingga dua meter dan ke atas sekiranya dijaga dengan baik.

Lebih menarik, usia pokok ini boleh mencecah 40 tahun hingga ratusan tahun selain mudah dijaga iaitu hanya perlukan siraman tiga ke empat hari sekali selain cuaca yang panas,
“Harga keladi Emas 916 ini sebenarnya tiada had, semakin besar keladi, harga semakin tinggi.

“Kenapa harga keladi ini mahal sebab apabila ubi keladi ini besar, dia boleh hasilkan anak-anak yang banyak, sehingga satu induk boleh hasilkan 2,000 anak pokok, jadi apabila dijual semula dapat pulangan pelaburan yang lumayan,”


Pendapatan lumayan

Siapa sangka pokok keladi bernilai tinggi ini mampu menjana pendapatan yang lumayan.



Peniaga berkenaan memberitahu sejak hari pertama hingga hari ini, dia sudah menjana hampir RM30,000 jualan keladi termasuk jenis Emas 916, cat tumpah dan albino yang berharga RM3,000 hingga RM8,000 sepokok.

Sumber: Berita Harian


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan