Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Anwar saman Muhyiddin atas dakwaan terima RM15 juta daripada kerajaan Selangor

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau ada menerima writ dan pernyataan tuntutan saman fitnah daripada peguam Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar saman Muhyiddin atas dakwaan terima RM15 juta daripada kerajaan Selangor

Beliau berkata, oleh kerana Anwar memilih untuk membawa perkara itu ke mahkamah, maka pihaknya juga sudah melantik peguam untuk mengendalikan kes berkenaan mengikut lunas undang-undang.

“Oleh kerana Anwar telah memilih untuk membawa perkara ini ke mahkamah, maka saya telah menyerahkan kepada peguam saya untuk mengendalikan kes ini mengikut lunas undang-undang,” katanya di Facebook.

Terdahulu, perdana menteri menyaman Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) berhubung dakwaannya bahawa Anwar menerima RM15 juta daripada kerajaan Selangor semasa berkhidmat sebagai penasihat ekonominya.

Saman fitnah difailkan oleh peguam cara SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak perdana menteri itu menuntut ganti rugi am, pampasan, teruk dan teladan daripada Muhyiddin, yang dinamakan sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata kenyataan Muhyiddin itu dibuat pada 5 Dis dalam kempen bagi calon PN Azman Nasrudin di Taman Selasih, Kulim, menjelang pilihan raya Parlimen Padang Serai.

Kenyataan Muhyiddin disebarkan di TikTok dan mendapat kira-kira 1.1 juta tontonan, dikongsi 2,169 kali, mendapat 21,400 “like” serta 6,061 komen, menurut pemfailan mahkamah tersebut.

Anwar mendakwa, keseluruhan ucapan Muhyiddin pada ceramah itu kemudian disiarkan di Facebook pada 8 Dis walaupun surat tuntutan telah dihantar kepada peguamnya sehari sebelumnya.

Beliau berkata, kenyataan Muhyiddin antara lainnya menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak jujur. - FMT



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan