Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Banjir tak berlaku masa Pilihan Raya Umum Ke-15, Allah memihak kepada saya – Zahid

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa syukur selepas musim banjir tidak berlaku sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bulan lalu.

Banjir tak berlaku masa Pilihan Raya Umum Ke-15, Allah memihak kepada saya – Zahid
Ahmad Zahid sebelum ini mendapat kecaman ramai pihak, termasuk ia dijadikan modal politik beberapa parti ketika ceramah pilihan raya.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, walaupun bencana besar itu tidak berlaku seperti yang diramalkan pada pertengahan bulan lalu, tohmahan tetap dilemparkan ke atasnya sebelum ini di media sosial.

“Ada pihak menjangkakan pilihan raya diadakan ketika musim banjir tetapi banjir tidak berlaku tapi yang kena tohmahan adalah saya.

“Tapi alhamdulillah, Allah SWT memihak kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JBPB) di sini hari ini.

Ahmad Zahid sebelum ini pernah membuat gesaannya supaya PRU15 diadakan awal daripada tempoh tamatnya pada tahun depan sebelum diumumkan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun beliau mendapat kecaman ramai pihak ketika itu termasuk ia dijadikan modal politik oleh beberapa parti pembangkang.

Pada Oktober lalu, seramai 12 Menteri Perikatan Nasional (PN) mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan Kabinet tidak sebulat suara mengenai keputusan membubarkan Parlimen bagi mengadakan PRU15.

Antara alasan yang dikemukakan adalah mengenai Monsun Timur Laut yang akan bermula dengan banjir dijangka melanda beberapa negeri di Malaysia terutama di Pantai Timur.

Namun banjir tidak berlaku seperti yang dijangka sesetengah pihak dan hanya beberapa kawasan sahaja dilanda bencana alam itu. – MalaysiaGazette



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan