Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Anwar Ibrahim peroleh sokongan majoriti ahli parlimen jadi Perdana Menteri ke-10

AHLI Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas usul undi percaya dibentangkan di Dewan Rakyat petang tadi.

Anwar Ibrahim peroleh sokongan majoriti ahli parlimen jadi Perdana Menteri ke-10
Anwar Ibrahim peroleh sokongan majoriti ahli parlimen jadi Perdana Menteri ke-10

Usul undi percaya itu diluluskan dengan undian suara selepas dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan kemudian dibahaskan oleh 12 Ahli Parlimen.

Tujuannya bagi membuktikan Anwar daripada Pakatan Harapan (PH) yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 November lalu mendapat sokongan ahli Parlimen memimpin kerajaan baharu selepas keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah.

Berdasarkan sokongan mengikut parti, jumlah Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar sekarang ialah 148 orang.

Itu merangkumi daripada PH 82, Barisan Nasional (BN) 30, Gabungan Parti Sarawak (GPS) 23, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) 6, Parti Warisan (Warisan) 3, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) 2, Parti Bangsa Malaysia (PBM) 1 dan Bebas 1 kerusi.

Selebihnya iaitu 74 kerusi ialah milik PN yang merupakan blok pembangkang, lapor Free Malaysia Today (FMT).

Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang juga ketua pembangkang membuka tirai perbahasan usul berkenaan.

Ahli Parlimen lain yang turut berbahas adalah Lim Guan Eng (PH-Bagan), Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), Datu Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran), Datuk Seri Johari Ghani (BN-Titiwangsa) dan Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas).

Begitu juga Rafizi Ramli (PH-Pandan), Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor), Datuk Seri Jeffrey Kitingan (GRS-Keningau), Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan