Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Wanita sangka anak sudah mati sejak 17 tahun lalu, rupanya ditipu keluarga sendiri

BEIJING – Seorang wanita di China yang selama ini percaya bayi lelakinya meninggal dunia, akhirnya mendapati dia ditipu oleh keluarga sendiri, lapor akhbar Daily Star semalam.

Wanita sangka anak sudah mati sejak 17 tahun lalu, rupanya ditipu keluarga sendiri
Seorang wanita yang diberitahu 17 tahun lalu bahawa bayinya telah meninggal dunia oleh ahli keluarga yang mencuri kanak-kanak itu, telah menemui anaknya 

Zhang Caihong dari wilayah Jiangsu berkongsi kesedihan apabila mengetahui bahawa adik ipar sepupunya mencuri anak lelakinya selepas dia melahirkan bayi itu 17 tahun lalu.

Caihong melarikan diri ke rumah sepupunya sebelum bersalin kerana bimbang bekas suami akan mencederakan dirinya.

Selepas melahirkan anak, adik ipar sepupunya menyampaikan berita bahawa bayinya mengalami kecacatan yang teruk.

Caihong mempercayai berita itu dan dipujuk untuk menyerahkan bayinya. Dia ditipu sekali lagi apabila wanita itu memberitahu anaknya mati kesejukan.

Pasangan yang mengambil anak angkat Zhang menuntut dia membayar balik wang yang mereka belanjakan untuk membesarkan budak lelaki itu, yang dia enggan lakukan atas alasan mereka mengambil anaknya secara haram. Foto: HK01.com

Selepas lebih satu dekad, Caihong baru-baru ini mendapati anaknya masih hidup. Dia berjaya menjejaki anak lelaki­nya selepas mendapat pengesahan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Remaja itu belajar di sebuah sekolah menengah, lapor akhbar South China Morning Post. Caihong mendapat tahu bahawa ibu angkat remaja itu ialah adik perempuan kepada isteri sepupunya.

Caihong kini menjalani perbicaraan di mahkamah di mana ibu bapa angkat remaja itu meminta dia membayar kos membesarkan anaknya.

Dia enggan membayar kos tersebut kerana mereka mengambil zuriatnya secara haram. – Agensi



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan